Tips temuduga Kerajaan Pilih Untuk Lulus

Tips temuduga kerajaan. Satu perkara sahaja yang perlu anda lakukan iaitu membuat persiapan rapi. Bukan mudah nak dapat kerja di sektor kerajaan kerana anda terpaksa melalui proses temuduga terlebih dahulu dan mesti LULUS. Bagaimana nak lulus temuduga kerja kerajaan? Jom baca sedikit perkongsian pengalaman daripada BloggInspired.


Sebelum itu ingin saya nyatakan terlalu banyak temuduga kerja kerajaan yang dijalankan pada bulan april hingga Mei 2015. Antara jawatan kerajaan yang terlibat dalam temuduga adalah sebagaimana berikut:

  1. Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L17
  2. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17
  3. Jurubahasa Gred L17
  4. Pembantu Pendaftaran Gred KP17
  5. Pembantu Laut Gred A17
  6. Jururawat Gred U41
  7. Latihan Separa Perubatan Betaraf Diploma
  8. Juru X-Ray (Diagnostik) Gred U41
  9. Pemandu Kenderaan Gred H11
  10. Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q27

Berbalik semula kepada cerita pengalaman tadi. Saya pernah mengalami pengalaman temuduga sebanyak dua kali. Pengalaman pertama ditemuduga ialah pada tahun 1996 iaitu ketika saya di semester akhir pengajian peringkat sijil di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan. Sekarang dikenali dengan nama POLISAS. Saya ditemuduga oleh sebuah syarikat swasta yang beribu pejabat di Jepun. Alhamdullilah saya lulus dalam temuduga tersebut walaupun belum menduduki peperiksaan akhir semester. Pada masa itu belum ada lagi rujukan ataupun rahsia lulus temuduga kerajaan. Mujurlah pada masa itu soalan yang ditanya ketika temuduga lebih berkisarkan kepada kemahiran yang saya pelajari di politeknik iaitu dalam bidang teknologi komputer bahagian perkakasan.

Pengalaman kedua saya ialah menjalani temuduga kerajaan pada tahun 2009 iaitu lebih kurang enam tahun yang lalu. Temuduga tersebut dikelolakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan saya ditemuduga untuk jawatan Juruteknik Komputer. Saya begitu optimis dengan menganggap temuduga kerja kerajaan merupakan perkara yang mudah kerana telah mempunyai pengalaman sebegitu lebih kurang tiga belas tahun yang lalu. Ikhlas saya tidak melakukan apa-apa persediaan melainkan berpakaian kemas dan sedikit pembacaan tentang komputer. Sangkaan saya, soalan yang bakal ditanya kemungkinan berkaitan dengan pengalaman pekerjaan saya disektor swasta. Tetapi rupanya sangkaan saya silap. Ternyata temuduga untuk kerja di sektor swasta dengan temuduga kerajaan amat berbeza sekali.

Apabila proses temuduga bermula, saya menjadi begitu gugup sekali kerana tidak membuat persediaan langsung. Tambahan pula soalan yang dikemukakan oleh panel temuduga kerajaan adalah diluar jangkaan saya. Skop-skop soalan yang ditanya adalah begitu luas sekali dan tidak berkisarkan kepada pengalaman pekerjaan sebelumnya semata-mata. Satu pengalaman yang saya akan ingat sampai bila-bila. Nasihat saya jangan terlalu memandang remeh proses temuduga kerja kerajaan. Perlu buat persiapan yang rapi dengan rujukan yang tepat.

Tips Temuduga Kerajaan Untuk Mereka Yang Ingin Lulus

Buatlah persiapan yang secukupnya dan ambil tahu cara hadiri temuduga. Luangkanlah sepenuh masa anda untuk mempersiapkan diri sebelum menghadiri temuduga. Salah satu tips lulus temuduga kerajaan ialah membuat persediaan pakaian untuk menghadiri temuduga. Apakah pakaian yang sesuai dipakai semasa hari temuduga. Pakaian merupakan perkara pertama yang akan dinilai oleh panel penemuduga. Anda akan dinilai sebaik sahaja anda melangkah masuk ke dalam bilik temuduga. Jadi pakailah pakaian yang bersesuaian. Jika anda ingin tahu bagaimanakah cara pakaian yang sesuai untuk menghadiri temuduga, boleh rujuk di – SINI.

Anda juga perlu mengambil tahu apakah soalan-soalan yang akan ditanya semasa temuduga nanti. Anda perlu membuat ulangkaji dan mencari rujukan tetapi bagaimanakah caranya untuk membuat ulangkaji dan rujukan. Di manakah anda boleh mendapatkan panduan dan rujukan tersebut dalam masa yang singkat.

Setiap soalan yang ditanya sudah pastinya memerlukan jawapan. Kekadang jawapan yang kita berikan mencerminkan peribadi ataupun personaliti diri kita. Semasa menjawab soalan temuduga kerajaan berikan jawapan dengan penuh keyakinan dan nyatakan pendapat anda dengan lantang, jelas dan juga bernas. Jangan memberi jawapan yang merepek dan bukan-bukan. Anda perlu mengetahui teknik-teknik ataupun tips menjawab soalan temuduga dengan betul.

Selain daripada tips temuduga yang saya nyatakan diatas tadi, sebenarnya masih ada banyak lagi tips temuduga kerajaan yang perlu anda ketahui sekiranya anda benar-benar ingin lulus di dalam temuduga kerja kerajaan. Sekiranya anda ingin mendapatkan panduan ataupun rujukan lengkap bagaimana mereka yang berjaya dalam temuduga kerajaan sebelum ini, saya mencadangkan anda dapatkan maklumat melalui pautan link yang saya kongsikan di bawah ini.

[+] KLIK:Untuk Dapatkan Maklumat Dan Tips Temuduga Kerajaan

Ataupun anda boleh menempah terus melalui butang tempahan di bawah.

tips temuduga kerajaan

Rate this post

Bukan blogger baru, tapi bukan juga pakar SEO. Nama sebenar ialah Saimi Ramlan yang hanya seorang yang suka mempelajari hal-hal berkaitan internet seperti SEO, wordpres dan bisnis online.

2 comments On Tips temuduga Kerajaan Pilih Untuk Lulus

Comments are closed.