Teknik SEO Terbaru Untuk Memenangi Contest

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Kebelakangan ini banyak pertanyaan saya terima menerusi email dan juga mesej di facebook tentang teknik SEO terbaru yang mana boleh diguna pakai supaya mampu memenangi pertandingan SEO yang disertai.

Tambahan lagi ada juga yang bertanya, bagaimana caranya untuk mampu berada di mukasurat pertama google.

Apakah berlaku perubahan dalam mengoptimasikan artikel di enjin carian google pada tahun 2016.

Adakah cara untuk merangkingkan kata kunci sudah berbeza dari tahun sebelumnya?

Berdasarkan pertanyaan-pertanyaan berikut, Panduan Blogging mengambil kesempatan untuk memperjelaskannya dalam bentuk artikel kerana memang saya tidak mempunyai banyak masa untuk membalas pertanyaan satu persatu menerusi email ataupun melalui akaun media sosial.

Maklumat yang saya sampaikan ini adalah secara umum tanpa mengambil kira persaingan kata kunci di enjin carian.

Secara asas, tidak ada teknik terbaru SEO dalam proses mengoptimalkan artikel di enjin carian.

Semua masih masa seperti tahun lepas. Kalau anda tidak percaya, boleh ajukan pertanyaan kepada mereka yang telah menjadi juara SEO pada tahun 2015. Pasti mereka masih menggunakan cara yang sama untuk menaikkan artikel di SERP. Jadi semuanya mampu menang.

Di bawah ini saya sediakan beberapa tips supaya anda mampu memenangi contest SEO yang sedang ataupun akan anda sertai.

teknik seo terbaru

  1. Buatlah artikel yang unik dan berkualiti. Unik bermaksud tersendiri. Jadi artikel yang unik ialah satu artikel yang dihasilkan dengan cara yang tersendiri dan tidak mempunyai persamaan dengan orang lain. Apa yang menjadi kelemahan peserta contest SEO ialah gemar meniru penulisan yang telah berada di kedudukan terbaik di SERP berdasarkan kata kunci yang dipertandingkan. Ini menyebabkan google menganggap ianya tidak unik. Jadi jika ramai yang menulis menggunakan konsep yang sama, maka artikel yang dipublish paling awal akan diletakkan di kedudukan SERP yang terbaik.
  2. Jangan membina backlink terlalu awal. Jika pertandingan SEO memakan masa selama tiga bulan, sebaik-baiknya jangan mencari backlink pada bulan yang pertama. Jika dilakukan ianya merupakan satu kesilapan. Saranan saya ialah buatlah artikel sokongan sebanyak mungkin dan buatlah internal link yang menuju ke artikel pertandingan SEO yang disertai.
  3. Cari backlink setelah artikel sokongan telah terindeks. Akan tetapi arahkan backlink ke artikel sokongan dan jangan arahkan ke artikel utama. Seeloknya proses backlink dilakukan hanya selepas dua minggu ianya dipublishkan.
  4. kongsikan artikel utama ke social media seperti google plus, facebook, twitter dan seumpamanya. Akan tetapi jangan salah faham ya. Sharing ke social media bukanlah merupakan teknik SEO terbaru. Ramai yang sharing dengan harapan ianya akan naik di SERP. Anda silap jika berpendapat sedemikian. Sehingga artikel ini ditulis, google tidak pernah menyatakan social media merupakan satu isyarat SEO. Akan tetapi jika anda melakukan sharing, ianya menjadikan penulisan anda sering dikunjungi oleh pelawat. Kunjungan pelawat yang tinggi inilah yang memberikan pengaruh kepada google untuk menaikkan tulisan anda di SERP.
  5. Selepas enam minggu, cuba check di Google Search Console. Dahulunya dikenali sebagai Google Webmaster Tools. Adakah orang memberikan link secara membuta tuli kepada anda? Kalau ada, sila gunakan disavow tool. Mungkin ada yang bertanya kenapa perlu melakukkan disavow. Kerana ada pengamal SEO pengecut yang melakukan perkara-perkara seperti ini untuk memburukkan kedudukan artikel peserta lain di SERP. Jadi atas sebab ini jugalah saya menyatakan jangan membuat backlink di artikel utama, lebih baik kuatkan artikel sokongan. Siapa tahu, mungkin artikel utama mampu berada dikedudukan pertama google tanpa melakukan backlink.

Itulah antara beberapa tips yang ingin saya kongsikan. Mungkin sesetengah berpendapat ianya merupakan teknik SEO terbaru, sebenarnya ianya merupakan teknik yang sudah lama dipraktikkan tetapi masih relevan sampai ke hari ini.

Selamat mencuba.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Bukan blogger baru, tapi bukan juga pakar SEO. Nama sebenar ialah Saimi Ramlan yang hanya seorang yang suka mempelajari hal-hal berkaitan internet seperti SEO, wordpres dan bisnis online.

15 comments On Teknik SEO Terbaru Untuk Memenangi Contest

Comments are closed.

19 Shares
Share16
+13
Tweet
Pin