Tags Boleh Menjejaskan SEO Blog

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Tags boleh menjejaskan SEO Blog. Tajuk artikel kali ini memang agak keterlaluan kan. Walaubagaimanapun ini hanyalah pendapat kosong dari saya yang masih mentah dalam dunia SEO. Sekiranya ada perselisihan pendapat, saya mohon maaf. Ini bukanlah nasihat profesional kerana saya bukanlah seorang Pakar SEO Malaysia.

Ramai yang mengatakan tags cukup berkuasa untuk meningkatkan kedudukan artikel di Search Engine(SERP). Tetapi saya tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Memang dalam keadaan yang paling optimum, tags sangat membantu untuk meningkatkan kedudukan artikel di SERP. Akan tetapi ada keburukan dimana penggunaannya boleh menjejaskan proses SEO yang sedang kita lakukan. Ini kerana pemasangan tags akan menambahkan jumlah komposisi kata kunci di google webmaster tool.

Baca juga: Bagaimana nak buat blog
Baca juga: Perbezaan Title Tag Dan H1 Tag

Semenjak era hummingbird dilancarkan, google telah me”ranking”kan sesebuah blog berdasarkan kepada faktor relevancy sesebuah laman itu dengan kata kunci ataupun keyword yang ditulis oleh pengunjung. Relevancy ini diperolehi dengan cara menilai keseluruhan kandungan dalam laman tersebut dan kaitannya dengan blog yang lain.Jika anda menganggap tags merupakan faktor relevancy yang paling utama, anda telah membuat kesilapan yang besar. Secara asasnya, google hanya akan melihat title, description dan artikel-artikel yang relevan sahaja. Jika keyword yang kita hendaki tidak berada dalam keadaan optimum, kita boleh memasang tags yang sama dengan kata kunci yang kita hendaki itu. Tetapi harus berhati-hati, jika tags yang dipasang itu keterlaluan maka kedudukan artikel ataupun blog kita akan turun di SERP.

pengguna blogspot tidak menjadi masalah kerana tiada ruangan tags yang disediakan tetapi bagi pengguna wordpress seperti BloggInspired ruangan tags ini disediakan. Sebagai contoh cuba anda lihat, tags yang manakah paling berkuasa di blog anda? Jika tags tersebut merupakan keyword yang kita rancangkan, maka kedudukan artikel ataupun blog kita di SERP akan menjadi lebih buruk dengan keyword yang kita rancang itu.

Mungkin ada yang bertanya, bagaimana untuk mengendalikan tags tersebut dengan baik? Jika blog anda masih baru ataupun artikelnya belum lagi sampai 10 artikel, sebaiknya tags tidak perlu dipasang terlebih dahulu. jadi bila boleh memasangnya. Jika keyword sudah menjelma di google webmaster tool, perhatikan terlebih kata kunci manakah yang kita inginkan tidak ada google webmaster tool. Pada masa itu barulah kita memasang tags pada artikel yang terdahulu. Tags yang sudah terindeks akan muncul di google webmaster tool. Akan tetapi jika sekiranya kata kunci yang kita ingin sudah menjelma di webmaster tool, seeloknya jangan memasang tags yang sama dengan kata kunci tersebut.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Bukan blogger baru, tapi bukan juga pakar SEO. Nama sebenar ialah Saimi Ramlan yang hanya seorang yang suka mempelajari hal-hal berkaitan internet seperti SEO, wordpres dan bisnis online.

9 comments On Tags Boleh Menjejaskan SEO Blog

  • Perkongsian yang bagus tentang pengguna TAG. Kalau guna cara berhemah tak akan ada duplicate content di SERP, tapi baru ni aku tengok bukan main cantik je H1 Title dengan TAG fungsi di SERP. Tak tau lah keyword tu masih statik atau tidak.. sat je benda ni, tak evergreen kelaut jugak. hehe

    Dan mengenai Blogspot tu aku setuju, banyak gila improvement sekarang. Sapa pandai guna senang nak rank tanpa backlink sekali pun.

  • Lagi satu masalah…keciknya font bro.. sakit mata nak baca kat Desktop, aku view melalui mobile cantik..

    • Haah. aku perasan jugak font jadi kecik terutamanya di chrome. Macam nak tukar balik thesis jer. Terima kasih bro kerana mengingatkan.

  • Tag nih Kadang kala membantu dari segi pencarian.

  • Kalau Keywords rank tinggi ok kot, mungkin keywords dlm tag H1,H2H3.

  • Pertindihan keywords pada tags kot.

  • kadang2 tag ni mmbantu juga..

  • tag kena guna dengan lebih bijak.

    salah cara, memang hilang artikel kat google search. Entah mana pi nanti.

  • saya rasa tak pun,,,,sebab keyword seo malaysia dah 1 tahun saya punya web berada diatas….no 1….padahalnya kat web saya bnyk jer tag yang pelbagai untuk masuk contest memangla tag tu menjejaskan..tapi kalau nak jual barang fizikal perlunya tag yang banyak….setakat ni semua trafik saya bnyk dtg dari tag…tag juga boleh berikan backlink yg banyak jika kita guna auto tag

Comments are closed.

0 Shares
Share
+1
Tweet
Pin