Tags Boleh Menjejaskan SEO Blog

Tags boleh menjejaskan SEO Blog. Tajuk artikel kali ini memang agak keterlaluan kan. Walaubagaimanapun ini hanyalah pendapat kosong dari saya yang masih mentah dalam dunia SEO. Sekiranya ada perselisihan pendapat, saya mohon maaf. Ini bukanlah nasihat profesional kerana saya bukanlah seorang Pakar SEO Malaysia.

Ramai yang mengatakan tags cukup berkuasa untuk meningkatkan kedudukan artikel di Search Engine(SERP). Tetapi saya tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Memang dalam keadaan yang paling optimum, tags sangat membantu untuk meningkatkan kedudukan artikel di SERP. Akan tetapi ada keburukan dimana penggunaannya boleh menjejaskan proses SEO yang sedang kita lakukan. Ini kerana pemasangan tags akan menambahkan jumlah komposisi kata kunci di google webmaster tool.

Baca juga: Bagaimana nak buat blog
Baca juga: Perbezaan Title Tag Dan H1 Tag

Semenjak era hummingbird dilancarkan, google telah me”ranking”kan sesebuah blog berdasarkan kepada faktor relevancy sesebuah laman itu dengan kata kunci ataupun keyword yang ditulis oleh pengunjung. Relevancy ini diperolehi dengan cara menilai keseluruhan kandungan dalam laman tersebut dan kaitannya dengan blog yang lain.Jika anda menganggap tags merupakan faktor relevancy yang paling utama, anda telah membuat kesilapan yang besar. Secara asasnya, google hanya akan melihat title, description dan artikel-artikel yang relevan sahaja. Jika keyword yang kita hendaki tidak berada dalam keadaan optimum, kita boleh memasang tags yang sama dengan kata kunci yang kita hendaki itu. Tetapi harus berhati-hati, jika tags yang dipasang itu keterlaluan maka kedudukan artikel ataupun blog kita akan turun di SERP.

pengguna blogspot tidak menjadi masalah kerana tiada ruangan tags yang disediakan tetapi bagi pengguna wordpress seperti BloggInspired ruangan tags ini disediakan. Sebagai contoh cuba anda lihat, tags yang manakah paling berkuasa di blog anda? Jika tags tersebut merupakan keyword yang kita rancangkan, maka kedudukan artikel ataupun blog kita di SERP akan menjadi lebih buruk dengan keyword yang kita rancang itu.

Mungkin ada yang bertanya, bagaimana untuk mengendalikan tags tersebut dengan baik? Jika blog anda masih baru ataupun artikelnya belum lagi sampai 10 artikel, sebaiknya tags tidak perlu dipasang terlebih dahulu. jadi bila boleh memasangnya. Jika keyword sudah menjelma di google webmaster tool, perhatikan terlebih kata kunci manakah yang kita inginkan tidak ada google webmaster tool. Pada masa itu barulah kita memasang tags pada artikel yang terdahulu. Tags yang sudah terindeks akan muncul di google webmaster tool. Akan tetapi jika sekiranya kata kunci yang kita ingin sudah menjelma di webmaster tool, seeloknya jangan memasang tags yang sama dengan kata kunci tersebut.

Comments are closed