Masih ingatkan anda artikel yang bertajuk cara setting SSL percuma dari cloudflare. Artikel itu saya terbitkan sejurus selepas Panduan blog menggunakan SSL dari cloudflare secara percuma.

Selama lebih kurang 7 bulan saya membuat review dengan menggunakan SSL Cloudflare secara percuma, akhirnya blog ini beralih pula pada SSL murah USD5 setahun dari Gignode.

Harap anda tidak keliru, walaupun murah sijil SSL blog ini menggunakan PositiveSSL Certificate dari Comodo.

Jangan salah faham, saya bertukar bukan kerana hasil review nya tidak bagus. Saya ingin pula menggunakan fungsi https dengan sepenuhnya menggunakan dedicated ip. Kalau sebelum ini kewujudan protokol https hanya di mata pengunjung sahaja, sedangkan sebaliknya masih protokol http ketika dihubungkan antara server dan cloudflare.

Memang highly recommended PositiveSSL Certificate ini digunakan pada wordpress self hosted dengan kos USD5 setahun. Saya akan melakukan review dalam jangkamasa setahun ini. Kalau menarik insha allah akan saya teruskan lagi pada tahun hadapan.

Kalau anda ingin mencuba silakan layari laman INI untuk mendapatkan maklumat lanjut ataupun membuat tempahan.