Social Media Sharing Meningkatkan Rangking Blog Di Enjin Carian?

Antara pertanyaan SEO yang saya terima ialah “apakah melakukan sharing ke social media network seperti facebook dan twitter mampu meningkatkan ranking artikel blog di enjin carian?”

Jawapan ringkas daripada saya ialah TIDAK.

Nak tahu kenapa? Anda lihat dulu pernyataan rasmi menerusi video dari Matt Cutts. Video tersebut telah diterbitkan pada tahun 2014.

Kesimpulan dari pernyataan tersebut ialah kebanyakan data yang diperolehi seperti like, share, tweet, vote dan seumpamanya mudah dimanipulasi. Tambahan pula google tidak mempunyai alat ataupun tool untuk mengukur signal yang berupa like, share dan seumpamanya. Data ataupun angka yang amat mudah dimanipulasi ini sekiranya dikira oleh google akan merosakkan apakah yang dikatakan konten yang berkualiti. Lagipun link di social media bersifat “nofollow”.

Tetapi kenapa ada yang mengatakan sharing ke social media merupakan salah satu faktor SEO.

Kerana pada kebiasaannya mengikut pengamatan saya yang begitu cetek ini, mana-mana artikel yang berjaya berada di halaman teratas enjin carian akan mendapat banyak social signal seperti “share” dan “like”. Jadi mungkin fenomena ini menyebabkan social signal dikatakan telah mempengaruhi SEO.

Walhal kenaikan perangkingan bukan kerana social sharing. Akan tetapi social sharing jadi bertambah disebabkan artikelnya berada di kedudukan yang baik di SERP.

jadi, adakah perbuatan yang sia-sia jika melakukan sharing ke social media?

TIDAK!!

Perlu ketahui social media merupakan tempat terbaik bagi sesebuah website ataupun blog untuk mencari pengunjung atau dengan kata merupakan satu medan yang bagus untuk mempromosikan blog dengan cepat. Jumlah pengunjung yang semakin ramai hasil daripada “like”, “share” dan “tweet” akhirnya akan mampu meningkatkan ranking blog di google. Tetapi peningkatan rangking bukan kerana social share tetapi kerana kedatangan pembaca. Ini kerana google menyukai blog ataupun website yang mempunyai ramai pembaca. Apabila google suka maka meningkatlah blog di enjin carian.

Penutupnya, Social sharing dari pembaca di blog akan mampu mendatangkan pengunjung yang bertali arus dan bukannya sharing yang dilakukan oleh pemilik blog sendiri.

Satu pertanyaan, kebanyakan sekarang ini ramai yang sharing artikel di facebook group yang dibina oleh blogger. Senang cerita ramai pakat-pakat ping artikel kat situ. So, kalau semuanya sibuk ping jadi siapa yang akan membaca artikel anda. Lebih-lebih lagi ping artikel pasal affiliate seperti “Cara Menjahit Baju”

Comments are closed