SEO On Page Is Dead, Nak Guna Berapa Banyak H1 Pun Boleh.

Ramai ke yang terkejut bila saya cakap SEO On Page Is Dead. Sudah mati. Pasti ramai master SEO bikin sendiri terus menyangkal dakwaan saya nie.

Tenang semua. Baca dahulu semuanya, baru bagi pendapat. Jangan cepat melatah.

Sebelum 16 Disember 2016, kedudukan tags H1, H2 dan H3 seperti telah ditetapkan mengikut susunan. H1 ditangga pertama, H2 ditangga kedua dan begitulah dengan tags yang lainnya.

Sebuah blog yang mempunyai SEO On Page yang baik, hanya menggunakan satu tags H1.

Akan tetapi selepas 16 Disember 2016, kedudukan H1, H2 dan H3 tidak lagi mempengaruhi kedudukan artikel di enjin carian.

Nak guna lebih dari satu H1 pun boleh. Nak letak H2 dahulu baru letak H1 pun boleh. Tidak ada masalah.

Ini bukan saya cakap tetapi, John Mueller yang cakap ketika hangout di youtube pada pagi 16 Disember 2016 waktu U.S.

SEO On Page Is Dead, Nak Guna Berapa Banyak H1 Pun Boleh.
5 (100%) 3 votes

Bukan blogger baru, tapi bukan juga pakar SEO. Nama sebenar ialah Saimi Ramlan yang hanya seorang yang suka mempelajari hal-hal berkaitan internet seperti SEO, wordpres dan bisnis online.

12 comments On SEO On Page Is Dead, Nak Guna Berapa Banyak H1 Pun Boleh.

Comments are closed.