Prinsip Utama Konten Berkualiti Dalam SEO

Konten berkualiti atau artikel berkualiti merupakan perkara utama yang perlu diperhatikan dalam teknik SEO. Artikel-artikel seperti ini sudah banyak diterbitkan di blog-blog yang menceritakan tentang SEO. Tetapi setiap orang kan mempunyai daya pemahaman yang berbeza malahan mungkin masih ada yang kurang faham tentang hal ini. Kali ini saya ingin berkongsikan pendapat dari sudut pemahaman saya mengenai konten ataupun artikel berkualiti dengan penjelasan yang serba ringkas supaya mudah difahami oleh pembaca blog BloggInspired ini.

Antara prinsip utama konten berkualiti di dalam mengoptimumkan SEO pada blog

  1. Tajuk artikel. Pernahkah anda melihat artikel yang berada di kedudukan page one google tanpa mengandungi kata kunci di dalam tajuk tersebut. Sebagai contoh adakah artikel peserta yang berada dikedudukan pertama dalam pertandingan Malaysia Best Blog 2015 tidak mengandungi kata kunci di bahagian tajuk. Ini merupakan perkara pertama yang paling penting dalam membuat artikel yang berkualiti.
  2. Jumlah perkataan pada artikel. Sebenarnya tidak ada satu peraturan pun yang menetapkan jumlah perkataan yang perlu ada dalam satu artikel. Akan tetapi mengikut panduan asas SEO yang dinyatakan oleh google dalam versi PDF, dinyatakan konten tersebut hendaklah mempunyai penjelasan yang mudah difahami oleh pembaca. Di dalam panduan tersebut ada juga dinyatakan bahawa konsep pembuatan artikel hendaklah seperti artikel yang dihasilkan oleh pakar-pakar ilmiah yang selalunya menyertakan penjelasan yang amat disukai. Adakah pakar ilmiah itu menghasilkan artikel di bawah 300 patah perkataan?
  3. Kedudukan kata kunci di dalam artikel. Sebagaimana prinsip asas cara meletakkan kata kunci yang dibenarkan google ialah tidak berulang-ulang secara berlebihan. Kalau dikira mengikut keyword density antara 1% sahaja. Jika dilakukan pengulangan yang berlebihan maka google menganggap kita sengaja ingin menaikkan kata kunci tersebut.
  4. Internal link. Internal link merupakan satu rujukan yang menuju ke artikel yang lain di dalam blog yang sama. Webmaster central juga menyatakan internal link adalah wajib dan sekurang-kurangnya satu internal link untuk satu artikel.
  5. Penggunaan anchor text. Semasa membuat internal link peranan anchor text adalah sangat penting terutamanya dalam pemilihan perkataan. Lihat gambar yang diambil daripada webmaster central dan penjelasan mengenai link.
    anchor text

    anchor text dan internal link(sumber:google webmastercentral.blogspot.com)

    Cuba perhatikan. Banyak yang menulis artikel sebegini “sila kunjungi”, “View Source”, “klik sini”…Ianya disebut sebagai spammy link.
  6. Mengoptimumkan gambar. Bagi saya gambar bukanlah perkara wajib yang perlu dimasukkan ke dalam blog. Tetapi sekiranya kita memasukkan gambar ke dalam artikel maka ianya perlu dioptimumkan. maklumat seperti alt text, tajuk , caption dan juga description perlu diisi dan dioptimumkan. Sekiranya tidak diisi adalah lebih baik gambar tersebut tidak dimasukkan.
  7. jadikan artikel kita mempunyai permulaan dan juga pengakhiran. Umpamanya perenggan pertama di dalam artikel,jadikan ianya sebagai permulaan tentang isu yang hendak diperbincangkan ataupun ditulis. Di dalam perenggan pertama biasanya mempunyai decsription yang khusus untuk artikel tersebut. Begitu juga dengan pengakhiran, Buatlah kesimpulan tentang isu yang kita bincangkan diperenggan akhir artikel sepertimana cara penulisan yang diamalkan oleh pakar ilmiah.

Kesimpulannya, prinsip-prinsip asas diatas merupakan perkara yang perlu dititikberatkan di dalam sesebuah konten jika kita mahu artikel kita dianggap berkualiti oleh google. Jika prinsip utama di sentiasa diamalkan, maka amat mudah artikel kita berada di kedudukan maksimum di SERP tanpa backlink(Persaingan rendah) ataupun dengan melakukan sedikit backlink(persaingan peringkat sederhana dan tinggi).

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Sekiranya anda ada pendapat sila ajukan diruangan komen di bawah.