Apabila kita menerbitkan artikel kita, kod-kod html seperti “title tag” dan juga “h1 tag”mempunyai pengaruh yang besar dalam menentukan kedudukan artikel di enjin carian. Penggunaan title tag dan h1 tag yang betul boleh meningkatkan kedudukan artikel di enjin carian. Akan tetapi jika penggunaannya salah, tag boleh memberikan kesan yang negatif terhadap perangkingan di SERP malahan lebih teruk lagi dikenakan penalti.

Oleh yang demikian, saya ingin berkongsi pandangan mengenai tajuk di atas dan bagaimana cara menggunakannya.

Definisi Title Tag Dan H1 Tag

Saya ingin membincangkan dua perkara ini.

  1. Title tag: <title>
  2. H1 tag: <h1>

Dalam erti kata yang umum, title tag dan H1 tag mempunyai fungsi yang sama sehingga boleh menyebabkan kekeliruan cara penggunaannya. Kedua-duanya merupakan tajuk sesebuah laman, akan tetapi kedua-dua tag tersebut boleh menganduangi tajuk yang berbeza.

The main point difference between title tag anda h1 tag is where their content appears. That difference impacts how search engines and web surfers analyze your page.

Title tag

Title tag juga dikenali dengan nama meta tag. Meta tag ini akan menunjukkan tajuk webpage apabila seseorang melakukan carian dengan menggunakan kata kunci yang mempunyai kaitan dengan laman artikel yang tersenarai di enjin carian. Ianya memberikan perkhidmatan sebagai “hyperlink” yang membolehkan pelawat meng”klik” untuk melawat laman tersebut.

Apabila pembaca melawat laman tersebut, tajuk ataupun title akan kelihatan di bahagian atas browser. Apabila pembaca menandakan(bookmark) laman tersebut, maka title tag berfungsi untuk memberikan tajuk pada bookmark tersebut. Title tag tidak akan kelihatan di dalam laman tersebut.

H1 Tag

H1 tag tidak akan kelihatan di enjin carian tetapi akan kelihatan di dalam halaman web. Ini kerana ia akan memparkan teks yang terbesar di dalama halaman web terbabit dan selalunya digunakan sebagai tajuk halaman ataupun nama sesebuah blog.

Persamaan Dan Perbezaan Title Tag Dan H1 Tag

Perbezaan Utama

  1. Title tag akan kelihatan di enjin carian dan juga pada title bar di browser.
  2. H1 Tag akan kelihatan di dalam body sesebuah halaman.
  3. Enjin carian akan lebih memberikan keutamaan kepada title tag berbanding h1 tag

Persamaan yang boleh dipraktikkan untuk tujuan SEO

  1. Menggunakan hanya satu title tag dan satu h1 tag pada satu halaman sahaja.
  2. Hendaklah memasukkan kata kunci utama di dalam kedua-dua tag tersebut.
  3. Cuba untuk meletakkan kata kunci utama di bahagian depan tag. Baca prinsip asas meletakkan kata kunci.
  4. Meletakkan sekali sahaja kata kunci utama di dalam kedua tag. Jangan melakukan pengulangan kata kunci.
  5. Menggunakan title yang pendek iaitu 55 karakter ke bawah.

Jika ada pertanyaan sila nyatakan diruangan komen. Sekian sahaja perkongsian asas mengenai Perbezaan Title Tag Dan H1 Tag.