Perbezaan Diantara Google Adsense Hosted Dan Non Hosted Akaun

Perbezaan diantara google hosted dan non hosted akaun. Sepertimana yang kita semua ketahui akhirnya google adsense support bahasa melayu. Pengumuman ini telah dilakukan pada 2 April 2015. Satu pemberi semangat yang cukup baik untuk menjana duit online melalui google adsense bagi blogger-blogger di Malaysia.

Boleh dikatakan semua pemilik blog ingin menjadi publisher untuk produk pengiklanan dari google ini. Ini kerana media pengiklanan dari google telah terbukti akan membayar kos pengiklanan kepada publisher dalam bentuk mata wang dollar.

Akan tetapi untuk menjadi publisher google adsense bukanlah suatu perkara yang mudah kerana syarat-syarat terlalu ketat. Antara syarat yang paling mudah ialah mesti memiliki blog ataupun akaun youtube. Memiliki blog ataupun akaun youtube juga bukan jaminan untuk diterima sebagai publisher. Ini kerana blog ataupun youtube anda akan di review terlebih dahulu samada anda mengikuti garis panduan yang ditetapkan ataupun tidak. jika didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan besar kemungkinan permohonan anda akan ditolak.

Sekiranya permohonan kita diterima, maka kita akan diberikan akaun google adsense sebagai tempat untuk kita memantau dan juga menyediakan iklan yang akan dipasang pada blog kita nanti.

Perbezaan Hosted Akaun Dan Non Hosted Akaun Google Adsense

Sebelum kita melangkah lebih jauh dengan google adsense, kita harus mengetahui bahawa terdapat dua akaun di google adsense iaitu hosted akaun dan juga non hosted akaun. jadi apakah perbezaan diantara kedua-duanya?

Google hosted akaun

Google hosted akaun ialah akaun yang boleh digunakan terhadap laman-laman kepunyaan google sendiri. Antara laman yang dihostkan oleh google ialah youtube dan juga blog yang menggunakan platform blogspot.com. Pemilik akaun hanya dibenarkan memasang iklan dikedua-dua laman yang saya nyatakan tadi. Antara ciri-ciri google hosted akaun adalah:

  1. Iklan hanya boleh dipasang terhadap blog yang menggunakan platform blogspot dan juga youtube.
  2. Tidak boleh dipasang terhadap Top Level Domain(TLD) seperti .com, .net, .org dan sebagainya. Sekiranya ingin memasang perlu mendapat pengesahan dari google adsense terlebih dahulu.
  3. Pemilik google hosted akaun hanya boleh memasang iklan pada satu akaun sahaja dan tidak boleh dipasang pada blog kita yang lain.
  4. Google hosted akaun tidak mudah dibanned jika dibandingkan dengan non hosted akaun. Walaubagaimanapun kita perlu mematuhi juga panduan yang telah ditetapkan oleh google.

Google non hosted akaun

Sebenarnya non hosted akaun berasal daripada google hosted akaun yang sudah diberikan kebenaran oleh google. Sekiranya kita mempunyai non hosted akaun, kita boleh memasang iklan di laman-laman yang bukan milik google.
Ciri-ciri non hosted akaun ialah:

  1. Iklan adsense boleh dipasang di semua platform.
  2. Iklan adsense boleh dipasang pada blog Top Level Domain.
  3. Proses untuk mendapat kelulusan non hosted akaun terpaksa melalui prosedur yang ketat sebelum diluluskan.
  4. Berhati-hati jika kita mempunyai non hosted akaun, kerana ianya sangat sensitif terhadap undang-undang ayang telah ditetapkan google berbanding google hosted akaun.

Semoga apa yang saya kongsikan mengenai perbezaan diantara google hosted dan non hosted akaun memberi manfaat kepada semua pembaca.

Comments are closed