Di bawah ini saya senaraikan beberapa peralatan yang digunakan oleh aktiviti blogging di blogginspired.com. Peralatan yang dikumpulkan di sini ialah tools online, perisian dan segala macam perkara yang diperlukan oleh saya untuk mengendalikan blog ini.

Kebanyakan peralatan ataupun tools yang digunakan ada yang diperolehi secara percuma(gratis) dan ada juga yang berbayar.

Insha allah ruangan ini akan saya kemaskini dari semasa ke semasa apabila ada tools baru yang saya gunakan.

Tools yang umum:

Namecheap – Merupakan tempat beli domain yang terbaik dan telah saya gunakan sejak sekian lama. Ada dua kelebihan yang nyata apabila membeli domain di namecheap iaitu dapat whoisguard percuma dan proses propagation yang cepat berbanding registrar yang lain. Jika anda ingin mencari tempat beli domain terbaik, murah dan dipercayai maka namecheap merupakan tempat yang paling sesuai.

DigitalOcean – Merupakan VPS Hosting yang saya gunakan dibeberapa blog saya termasuk blog ini. Kenapa saya memilih? Kerana ianya merupakan VPS yang murah iaitu serendah 5USD, cepat dapat diakses dan jarang down.

MyThemeShop – Salah satu tempat saya membeli theme premium yang banyak digunakan dibeberapa blog saya. Jika anda ingin menggunakan theme yang berbayar dari MythemeShop, sila gunakan kupon kod KUPONDISC60 untuk mendapatkan diskaun sebanyak 60%. Pembelian boleh KLIK SINI.

SEO:

Google Webmaster Tool – Merupakan tools wajib digunakan dari google untuk memantau blog kita di enjin carian.

Bing Webmaster Tool – Fungsinya seperti Google Webmaster Tool.

Google Submit URL – Jika blog sudah lama tidak terindex, saya akan menggunakan tools ini.

Bing Submit URL – Gunakan tools ini jika ingin blog anda terindex di enjin carian Bing.

MOZ Open Site Explorer – Cek backlink dan lain.

Woorank – Check SEO On Page.

Majestic SEO Site Explorer – Cek backlink dan lain-lain.

Ahrefs – Cek backlink dan lain-lain.

Bulk Page/Domain Authority Checker – Tools untuk semak Domain Authority dan Page Authority secara Bulk.

Bulk Metrics Checker – Tools alternatif yang digunakan untuk memeriksa Domain Authority dan Page Authority.

Ubersuggest.org – Tools online yang digunakan untuk membuat research keyword.

Keywordtool.io – Tools online yang digunakan untuk membuat research keyword seperti ubersuggest

Design:

Rich Snippets Testing Tool – Test google rich snippets.

Markup Validation – Test HTML kod samada valid ataupun tidak.

PageSpeed Insights – Tools kepunyaan google yang digunakan untuk menguji kecepatan loading blog.

Gtmetrix – Test kelajuan loading blog menggunakan tools dari Gtmetrix.

Mobile Friendly Testing Tools – Tools untuk menguji adakah susun atur website kita mesra smartphone ataupun tidak.