Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik PTD 2016 : Tips Khas Dan Panduan

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 tahun 2016 akan diadakan pada 23 November 2016. Ramai calon Peperiksaan PTD M41 telah mula mendaftarkan email melalui pautan link di bawah untuk mendapatkan Contoh soalan peperiksaan online PTD sebagai persediaan. Persediaan yang rapi perlu dilakukan calon Pegawai Tadbir Diplomatik jika berkeinginan untuk menjawat jawatan yang paling popular ini. Serius persaingan teramatlah tinggi jika dibandingkan dengan jawatan yang lain.

KLIK: SAYA NAK PANDUAN KHAS PEPERIKSAAN PTD

contoh soalan peperiksaan pegawai tadbir diplomatik
Gambar hiasan: Panduan soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang dijalankan oleh SPA Malaysia ini bertujuan untuk mengukur daya pengetahuan dan pemikiran calon secara positif. Calon akan diuji dengan pelbagai soalan yang memerlukan kemahiran dalam mengaplikasikan maklumat yang dipelajari samada ketika zaman persekolahan ataupun kemahiran yang diperolehi daripada pengalaman semasa. Matlamat utama peperiksaan tersebut ialah untuk mencari calon yang betul-betul layak memegang jawatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik. Kali ini calon PTD M41 akan diuji dengan format terbaru dari SPA soalan peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik. Exam secara online ini merupakan julung-julung kali diadakan bagi jawatan ini.

Sedikit perkongsian dari saya tentang beberapa perkara asas yang perlu anda lakukan sebelum peperiksaan tersebut. Jika anda mahukan dengan lebih terperinci, anda perlu dapatkan panduan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang akan diterbitkan oleh TIM Infokerjaya nanti.

  • Anda mestilah bersedia dengan pelbagai topik soalan peperiksaan yang dijangka akan keluar dalam exam tersebut.
  • Anda perlu membiasakan diri dengan skema dan teknik menjawab soalan yang bakal keluar nanti.
  • Anda perlu mendapatkan gambaran contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik untuk dijadikan rujukan
  • Anda perlu mengetahui apakah tugas-tugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Apa yang saya ingin kongsikan melalui laman BloggInspired ini ialah bagaimana dan di manakah hendak mendapatkan rujukan lengkap yang meliputi panduan, nota rujukan khas exam PTD 2016 dan juga contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang selama ini telah banyak membantu calon terdahulu lulus dengan cemerlang. Tujuan panduan ini diterbitkan ialah untuk membantu meningkatkan kefahaman calon supaya dapat menyesuaikan diri dengan format peperiksaan yang bakal dihadapi pada penghujung ogos nanti. Cara untuk mendapatkan rujukan Lengkap ini akan dimaklumkan melalui laman facebook kami.

Sekiranya anda mahukan maklumat ataupun panduan contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41, sila ke Facebook kami melalui pautan link di bawah. Kami akan berkongsi maklumat penting dan terkini melalui facebook.

LIKE Facebook—> KLIK:Panduan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Di Facebook

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Untuk makluman semua calon bahagian dalam peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik dibahagikan kepada empat seksyen. Perlu diingatkan calon wajib menjawab kesemua sekyen yang disertakan. Tiada pilihan.

  • Seksyen A – Pengetahuan AM
  • Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah
  • Seksyen C – Soalan Esei Bahasa Melayu(tiada lagi untuk exam tahun 2016)
  • Seksyen D – Soalan Esei Bahasa Inggeris(tiada lagi untuk exam tahun 2016)

Seksyen A – Pengetahuan AM
Soalan dibahagian ini mempunyai 50 soalan dan masa yang diberikan kepada calon adalah 45 minit. Soalan peperiksaan adalah lebih menjurus kepada isu semasa yang berlaku di persekitaran seperti pentadbiran, ekonomi, teknologi maklumat dan juga sosial. Soalan yang dikemukakan adalah sesuai dengan taraf pendidikan calon di peringkat ijazah. Calon yang banyak membaca mempunyai kelebihan.

contoh soalan peperiksaan pegawai tadbir diplomatik
Contoh soalan bahagian pengetahuan am

Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah
Calon perlu menjawab 40 soalan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan selama 45 minit. Calon dikehendaki menyelesaikan masalah dengan menggunakan beberapa kaedah.

    • Kemahiran logik
contoh soalan PTD M41
Contoh soalan : kemahiran logik
    • Kaedah Matematik
contoh soalan kaedah matematik
Contoh soalan: Kaedah Matematik
    • Kaedah Menginterpretasikan Data
soalan menginterpretasikan data
Contoh: Menginterpretasikan Data

Seksyen C – Soalan Esei Bahasa Melayu
Masa yang diperuntukkan untuk menyelesaikan soalan berbentuk karangan dalam bahasa melayu ialah 1 jam. Calon akan diberikan tiga soalan dan perlu memilih salah satu diantaranya. Panjang karangan tiada had.

Kebiasaannya calon akan diminta memberikan pandangan ataupun pendapat terhadap sesuatu masalah yang diberikan. Contohnya ialah “Bagaimanakah pelaksanaan GST pada tahun 2015 memberi kesan kepada kemajuan ekonomi negara”.

Penilaian akan dibuat berdasarkan pandangan dan pendapat calon yang munasabah, teratur dan senang difahami. Secara ringkasnya penilaian ini dibuat untuk mengukur kebolehan penguasaan calon dalam bahasa melayu.

Gambar dan contoh soalan di atas merupakan sebahagian daripada gambaran contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik(PTD M41). Semoga dengan perkongsian ringkas dari saya ini dapat memberi sedikit gambaran mengenai format peperiksaan online PTD.

Seksyen D – Soalan Esei Bahasa Inggeris
Sebagaimana soalan peperiksaan esei bahasa melayu, masa yang diperuntukkan pada bahagian ini adalah 1 jam. Calon perlu memilih dan menjawab satu soalan daripada tiga soalan yang dikemukakan.

Penilaian di dalam seksyen ini ialah untuk mengukur penguasaan bahasa inggeris calon memberikan pandangan terhadap sesuatu isu yang dikemukakan.

UPDATE TERKINI: Format terbaru peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik Tahun 2016.
Peperiksaan akan diadakan pada hari rabu 23 November 2016 mulai 08:00 MLM – 09:40 MLM. Format peperiksaan dibahagikan kepada dua seksyen:

  • Seksyen A – Pengetahuan AM.
  • Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.

Bagaimana mendapatkan contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Dari TIM Infokerjaya

Jualan panduan contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 masih belum dibuka. Anda dicadangkan untuk mendaftar email anda melalui pautan link di bawah. Kami akan menghantar tips khas terus melalui email yang di daftarkan.

KLIK: SAYA NAK PANDUAN KHAS PEPERIKSAAN PTD 2016

Penafian: Panduan contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang diedarkan oleh pihak kami tidak ada kena mengena dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia(SPA). Panduan yang diterbitkan adalah berdasarkan pengalaman TIM dan ianya hanyalah sebagai bahan rujukan untuk calon menhadapi peperiksaan. Soalan yang disertakan dalam panduan tersebut hanya sebahagian dari nota-nota yang disediakan pihak kami.Sekiranya ada persamaan ianya hanyalah secara kebetulan sahaja. Ia bukan SOALAN BOCOR atau SOALAN RAMALAN. Ia hanyalah sebagai gambaran contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik kepada calon untuk membiasakan diri dengan peperiksaan.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Bukan blogger baru, tapi bukan juga pakar SEO. Nama sebenar ialah Saimi Ramlan yang hanya seorang yang suka mempelajari hal-hal berkaitan internet seperti SEO, wordpres dan bisnis online.

3 comments On Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik PTD 2016 : Tips Khas Dan Panduan

Comments are closed.

12 Shares
Share9
+13
Tweet
Pin