Rujukan Pantas Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir N17. Anda boleh mendownloadnya secara percuma melalui laman ini. Bagaimanakah mendapatkan rujukan tersebut?

Sebagaimana peperiksaan online Pegawai Psikologi S41 sebelum ini, peperiksaan untuk jawatan bagi lepasan SPM iaitu Pembantu Tadbir N17 juga turut diadakan secara online. Seperti biasa peperiksaan online diadakan pada waktu malam dan secara tidak langsung memudahkan calon-calon untuk menghadapi exam tersebut tanpa perlu memohon cuti dari majikan dan sebagainya. Cuma anda perlu berada di tempat yang mempunyai akses internet dan juga sebuah komputer.

Jemputan untuk menghadiri peperiksaan tersebut telah dihantar melalui email oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia(SPA). Sekiranya ada calon yang masih belum menerima email tersebut, anda boleh membuat semakan melalui pautan link di bawah:

Link Semakan status kelayakan : Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17

Terlebih dahulu sekalung tahniah daripada saya kerana dipilih untuk menduduki peperiksaan tersebut yang dikatakan mempunyai 700 kekosongan daripada kalangan puluhan ribu yang memohon. Ini menunjukkan anda sudah berada dilandasan yang tepat untuk berkerjaya di sektor perkhidmatan awam.

Penerangan ringkas jawatan Pembantu Tadbir N17

Pembantu Tadbir N17 diletakkan dalam kumpulan sokongan di pelbagai jabatan , kementerian dan pentadbiran kerajaan negeri di seluruh negara.Jawatan ini lebih dikhususkan kepada penempatan di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Gaji minimum yang ditawarkan ialah RM928.00 sebulan dan gaji maksimum adalah RM3,375.00 sebulan. Manakala kadar kenaikan gaji tahunan adalah sebanyak RM95 setahun. Suatu gred gaji yang lumayan.

Maklumat terperinci mengenai syarat lantikan dan juga tugas-tugas asas Pembantu Tadbir N17 ini boleh didapati melalui laman http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/3200.

Format soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir N17

Format peperiksaan Pembantu Tadbir N17 adalah secara online. Ianya akan dibahagikan kepada tiga seksyen yang berasingan sebagaimana di bawah:

  1. Seksyen A – Pengetahuan AM
  2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seksyen C – Penaksiran Personaliti

Ramai yang menganggap ianya adalah satu perkara yang mudah tetapi percayalah soalan peperiksaan di seksyen B dan juga C menyebabkan ramai calon yang gagal. Untuk pengetahuan semua peperiksaan untuk memasuki perkhidmatan awam tidak sama dengan peperiksaan yang dihadapi pada zaman persekolahan. Skop peperiksaan perkhidmatan adalah lebih meluas dan besar. Jika ingin berjaya, calon perlu membuat persediaan yang rapi. Cuba anda fikirkan berapa ramai yang ingin memasuki perkhidmatan awam sebagai Pembantu Tadbir N17. Anggaran saya mungkin mencecah puluhan ribu orang. jadi persaingan untuk mendapatkan jawatan tersebut amat ketat sekali. Salah satu cara untuk mengatasi persaingan tersebut ialah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Pembantu Tadbir N17.

Sedikit maklumat dari saya bagaimana untuk menjadikan anda lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang akan berlangsung pada 3 April 2015. Saya hanya kongsikan beberapa tips dan panduan khas di sini. Rujukan pantas contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir N17 disediakan PERCUMA kepada anda. Habiskan pembacaan anda terlebih dahulu.

Ada beberapa perkara yang perlu anda beri perhatian sebelum menjawab soalan peperiksaan Pembantu Tadbir N17. Antaranya ialah:

  1. Calon hendaklah bersedia dan mempunyai pengetahuan dengan pelbagai topik penting untuk menjawab soalan peperiksaan nanti.
  2. Perlu melakukan sedikit kajian dan homework bagaimana supaya mampu menjawab soalan peperiksaan secara berskema dan bersistematik. Sebagai calon Pembantu Tadbir N17, calon mestilah mengetahui apakah misi dan visi serta tugas seoarang Pembantu Tadbir Gred N17
  3. Jangan terlalu memandang remeh terhadap peperiksaan online N17 ini. Mungkin ada yang berpendapat ” mana ada susah, kan boleh buka buku” ataupun “kita google jer”. Tetapi buku apa yang hendak anda buka. Sempatkah kita hendak membelek buku yang mempunyai beratus-ratus muka surat untuk mencari jawapan. Jadi kena cari rujukan khas yang mampu menjimatkan masa anda.
  4. Contoh soalan peperiksaan Seksyen A – Pengetahuan AM

    Sebanyak 40 soalan beraneka pilihan diberikan dan perlu dijawab dalam masa 30 minit. Calon-calon akan ditanya berkenaan dengan hal-hal pentadbiran negara, teknologi maklumat, isu semasa, sejarah negara Malaysia dan sebagainya.

    contoh soalan peperiksaan pengetahuan am

    Contoh soalan bahagian pengetahuan am

    Contoh soalan peperiksaan seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

    Soalan peperiksaan di seksyen B adalah bertujuan untuk menguji kebolehan calon menyelesaikan masalah pengiraan berdasarkan beberapa kaedah pengiraan. Antara kaedah-kaedah yang digunakan ialah kemahiran logik, kaedah pengiraan matematik dan juga kaedah mengiterpratsikan data. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab 20 soalan ialah 25 minit.
    pembantu tadbir n17

    Contoh soalan peperiksaan Penaksiran Personaliti

    Soalan di seksyen C lebih bersifat kepada personaliti calon. Jawapan anda adalah personaliti anda. Calon-calon akan ditanya secara psiko berkenaan dengan keupayaan diri, komunikasi, disiplin, integriti, semangat berpasukan dan sebagainya. Masa yang diperuntukkan ialah 20 minit dan perlu menjawab 96 soalan peperiksaan yang beraneka pilihan. Ramai yang terperangkap di sini.
    penaksiran personaliti

    Bagaimana Untuk Mendapatkan Rujukan Lengkap Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu tadbir N17 Secara Percuma

    Pihak kami tidak akan membuka jualan untuk panduan tersebut. Tetapi Rujukan khas ini sebagaimana gambar di bawah akan kami berikan secara percuma kepada anda. Walaupun percuma tetapi ianya merupakan rujukan yang lengkap dan dicipta khas untuk membantu calon menjawab soalan peperiksaan Pembantu Tadbir N17 secara online.

    Sepertimana yang anda semua maklum tiada panduan khusus yang disediakan oleh pihak SPA untuk peperiksaan jawatan N17 ini. Rujukan pantas tersebut mengandungi beberapa contoh soalan peperiksaan hasil pengalaman dari Infokerjaya resource(Perlu diberi perhatian ianya bukan soalan sebenar, soalan bocor ataupun soalan ramalan tetapi cuma gambaran contoh soalan peperiksaan). Panduan yang diterbitkan oleh TIM Infokerjaya ini telah membantu puluhan ribu calon lulus cemerlang dalam peperiksaan sejak tahun 2009 lagi.

    peperiksaan pembantu tadbir n17

    rujukan khas dan contoh soalan peperiksaan pembantu tadbir n17 akan diberikan PERCUMA


    Pihak kami tidak menjual rujukan lengkap ini tetapi kami akan memberikannya secara percuma kepada sesiapa yang membeli panduan “Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan” yang berharga RM60 ataupun RM80. Panduan Rahsia lulus temuduga kerja kerajaan merupakan satu rujukan lengkap yang telah digunakan oleh mereka yang dipanggil menghadapi temuduga kerajaan setelah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.

    Tempahan boleh dilakukan melalui banner di bawah. Tetapi ianya telah ditutup. Harap maaf.

    button4

    Perlu diberi perhatian serius, bahawa panduan yang diterbitkan lebih kepada perkongsian maklumat sebagai membantu calon membuat persediaan. Ianya bukanlah nasihat profesional dan pihak Infokerjaya tidak ada kaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Ianya hanyalah untuk rujukan semata-mata. Tujuan penerbitannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk membantu calon membuat persediaan terhadap peperiksaan Pembantu tadbir N17 pada 3 April 2015.

    Penafian: Panduan yang diterbitkan oleh pihak kami tidak ada kaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam malaysia(SPA). Ia hanya sebahagian daripada perkongsian maklumat untuk membantu calon membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Soalan yang disertakan dalam panduan tersebut hanya sebahagian dari nota-nota yang disediakan pihak kami. Ia bukan SOALAN BOCOR atau SOALAN RAMALAN. Ia hanyalah sebagai panduan buat calon untuk membiasakan diri dengan soalan peperiksaan Pembantu tadbir N17.