Pakar SEO Malaysia

Pakar SEO Malaysia bukan saya. Saya bikin artikel sebegini bukanlah untuk meraih gelaran apa pun. Cuma hanya sekadar sedaya upaya meranking keyword ini di muka satu enjin carian google.

Saya sebenarnya tidak layak untuk mendapat gelaran sedemikian?.

Tidak layak. Anda tahu kenapa?

Kerana saya sudah boleh membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya jika ungkapan tersebut keluar dari mulut saya sendiri. Sudah tentu ramai mengatakan saya seorang blogger yang berlagak, sombong dan pelbagai taksiran negatif yang lain.

Lagipun bukan suatu perkara mudah untuk menjadi pakar dalam sesuatu bidang walaupun bukan mustahil.

Apalagi setelah blog ini baru memenangi pertandingan baru-baru ini.

Tetapi contest itu tidak berakhir begitu sahaja.

Ada juga yang semacam mempertikaikan kemenangan blog ini dengan berpendapat saya melakukan backlink spam, black hat dan sebagainya. Jadi terpulanglah. Saya tidak ingin menghuraikan dengan lebih lanjut tentang perkara yang lepas tetapi ingin berkongsikan pendapat mengenai pengertian pakar SEO.

pakar seo malaysia

SEO Malaysia masih lagi perkara baru di sini. Memang bukan suatu tugas yang mudah jika telah memikul tugas sebagai seorang pakar ataupun ahli SEO. Ini kerana tiada satupun didalam sistem pendidikan di negara kita Malaysia yang mengajar tentang Search Engine Optimization. Tiada kelayakan ataupun sijil yang dikeluarkan walaupun belajar hingga sampai ke peringkat master ataupun phd.

Bagaimana istilah pakar seo ataupun master muncul. Gelaran tersebut sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan zaman. Kalau sebelum ini kebanyakan orang hanya mengenal web designer dan juga web programmer. Dua gelaran ini diberikan kerana mereka menguasai dalam bidang merekabentuk laman web dan juga mengaturcara laman web. Gelaran tersebut juga disebut sebagai webmaster. Akan tetapi dengan kemajuan internet beberapa tahun kebelakangan ini khususnya bagi mereka yang melakukan pekerjaan berkaitan SERP maka istilah pakar tiba-tiba muncul. Istilah ini diberikan kepada mereka berusaha untuk menjejaki rahsia dan bagaimana enjin carian bekerja.

SEO Malaysia Masih Baru

Pada masa sekarang ini memang amat mudah orang mengangkat dirinya sendiri sebagai pakar SEO Malaysia. Walhal baru hanya beberapa kali memenangi contest SEO sudah berani mencanangkan diri mereka pakar ataupun master dalam mengoptimumkan artikel di SERP. Apa yang lebih teruk lagi ialah terus membuka perkhidmatan yang berkaitan dengan optimasi. Bagi saya ilmu yang berkaitan dengan algoritma google ini tidak akan pernah tetap dan akan sentiasa berubah mengikut perkembangan masa. Begitu juga dengan enjin pencari pasti akan berubah-ubah suatu masa untuk memberian hasil carian yang lebih baik kepada pembaca.

Tugas sebagai seorang mahir dalam Search Engine Optimization sudah tentunya tidak akan berhenti begitu sahaja dari mencari rahsia yang terdapat pada enjin carian. Oleh itu ia memerlukan banyak masa dan komitmen sepenuhnya.Maksudnya ia wajib menjadi kerja hakiki yang perlu dilakukan seharian dan bukannya sekadar sampingan ataupun sekadar melakukan ujian semata-mata. Seorang Master sejati tidak akan menjamin mendapat kedudukan nombor satu di mesin pencarian kerana “SEO itu sendiri tiada kepastian”.

Pakar SEO Malaysia Bukan Saya

Oleh itu saya terus terang tidak berani menggelarkan diri sendiri sebagai pakar SEO sampai bila-bila. Bagi saya cukuplah sekadar tahu sahaja, kerana hari ini kita belajar besok sudah lupa. Lagipun saya tidak mempunyai buku panduan tentang itu. Cuma beberapa bulan yang lepas saya telah mempraktikkan kefahaman saya di dalam contest Malaysia Best Blog 2015 dan juga contest Sakit Lutut. Alhamdulillah saya telah dipilih oleh juri sebagai pemenang di kedua contest tersebut.

Jom tonton video percuma daripada Pakar SEO Indonesia ini.

Jangan Lupa, Baca Ini Juga

Apa itu Blog?

Comments are closed