Ahli Dan Pakar SEO Malaysia?

Pakar SEO saya? Saya hanya akan setuju jika artikel ini kalian jumpa di page one google.com dengan keyword tersebut dan bukannya dengan kata kunci selain itu.

Tetapi layakkah saya digelar dengan gelaran sedemikian?.

Tidak layak. Anda tahu kenapa?

Kerana saya sudah boleh membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya jika ungkapan tersebut keluar dari mulut saya sendiri. Sudah tentu ramai mengatakan saya seorang blogger yang berlagak, sombong dan pelbagai taksiran negatif yang lain.

Lagipun bukan suatu perkara mudah untuk menjadi pakar dalam sesuatu bidang walaupun bukan mustahil.

Apalagi setelah blog ini baru memenangi pertandingan baru-baru ini.

Tetapi contest itu tidak berakhir begitu sahaja.

Ada juga yang semacam mempertikaikan kemenangan blog ini dengan berpendapat saya melakukan backlink spam, black hat dan sebagainya. Jadi terpulanglah. Saya tidak ingin menghuraikan dengan lebih lanjut tentang perkara yang lepas tetapi ingin berkongsikan pendapat mengenai pengertian pakar SEO.

pakar seo

Memang bukan suatu tugas yang mudah jika telah memikul tugas sebagai seorang pakar ataupun ahli SEO. Ini kerana tiada satupun didalam sistem pendidikan di negara kita Malaysia yang mengajar tentang Search Engine Optimization. Tiada kelayakan ataupun sijil yang dikeluarkan walaupun belajar hingga sampai ke peringkat master ataupun phd.

Bagaimana istilah pakar seo ataupun master muncul. Gelaran tersebut sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan zaman. Kalau sebelum ini kebanyakan orang hanya mengenal web designer dan juga web programmer. Dua gelaran ini diberikan kerana mereka menguasai dalam bidang merekabentuk laman web dan juga mengaturcara laman web. Gelaran tersebut juga disebut sebagai webmaster. Akan tetapi dengan kemajuan internet beberapa tahun kebelakangan ini khususnya bagi mereka yang melakukan pekerjaan berkaitan SERP maka istilah pakar tiba-tiba muncul. Istilah ini diberikan kepada mereka berusaha untuk menjejaki rahsia dan bagaimana enjin carian bekerja.

Pakar SEO

Pada masa sekarang ini memang amat mudah orang mengangkat dirinya sendiri sebagai pakar SEO Malaysia. Walhal baru hanya beberapa kali memenangi contest SEO sudah berani mencanangkan diri mereka pakar ataupun master dalam mengoptimumkan artikel di SERP. Apa yang lebih teruk lagi ialah terus membuka perkhidmatan yang berkaitan dengan optimasi. Bagi saya ilmu yang berkaitan dengan algoritma google ini tidak akan pernah tetap dan akan sentiasa berubah mengikut perkembangan masa. Begitu juga dengan enjin pencari pasti akan berubah-ubah suatu masa untuk memberian hasil carian yang lebih baik kepada pembaca.

Tugas sebagai seorang mahir dalam Search Engine Optimization sudah tentunya tidak akan berhenti begitu sahaja dari mencari rahsia yang terdapat pada enjin carian. Oleh itu ia memerlukan banyak masa dan komitmen sepenuhnya.Maksudnya ia wajib menjadi kerja hakiki yang perlu dilakukan seharian dan bukannya sekadar sampingan ataupun sekadar melakukan ujian semata-mata. Seorang Master sejati tidak akan menjamin mendapat kedudukan nombor satu di mesin pencarian kerana “SEO itu sendiri tiada kepastian”.

Pakar SEO Malaysia Bukan Saya

Oleh itu saya terus terang tidak berani menggelarkan diri sendiri sebagai pakar SEO sampai bila-bila. Bagi saya cukuplah sekadar tahu sahaja, kerana hari ini kita belajar besok sudah lupa. Lagipun saya tidak mempunyai buku panduan tentang itu. Cuma beberapa bulan yang lepas saya telah mempraktikkan kefahaman saya di dalam contest Malaysia Best Blog 2015 dan juga contest Sakit Lutut. Alhamdulillah saya telah dipilih oleh juri sebagai pemenang di kedua contest tersebut.

Ahli Dan Pakar SEO Malaysia?
5 (100%) 1 vote

Bukan blogger baru, tapi bukan juga pakar SEO. Nama sebenar ialah Saimi Ramlan yang hanya seorang yang suka mempelajari hal-hal berkaitan internet seperti SEO, wordpres dan bisnis online.

19 comments On Ahli Dan Pakar SEO Malaysia?

  • hehe master seo taekwondo tu orang korea..
    betul jugak pasal seo mengikut peredaran zaman, kena tengok trend.

  • setuju, SEO ilmu yang tidak pernah tetap, sentiasa berubah, kalau dulu cukup dengan EMD dan backlink, sekarang sudah berubah banyak.

  • Kadangkala gelaran pakar tu orang lain yang gelarkan, mungkin kerana beberapa pencapaian. Apa pun itu sebenarnya satu galakkan supaya lebih mendalami tentang SEO. Setahu saya servis SEO banyak peringkat sama ada kecil atau besar, jangka masa panjang atau pendek dan banyak jenis.

  • Nak jadi pakar SEO dia kena laju, sama macam taekwondo. Benda ni seperti algorithm sentiasa berubah, kena banyak praktik je…

  • bab seo ni..kena sentiasa ambil tahu perkembangan semasa.

    sentiasa berubah-ubah.

    payah nak maintain kalau tak ambil tahu.

  • Bila sebua bab seo ni memang amat memeningkan kepala orang yang nak gunakan blog sebagai salah satu platform marketing… saya memang pening dengan seo ni. Jadi belasah saja tulis dan tulis

  • Seo untuk senarai organik, robot algorithm berkerja untuk tuanya yang buat bisnes…emm oleh itu SEO akan terus menjadi misteri….hari ini okay, esok lusa belum tentu….dapat 45% ke 60% listing dari content pun sudah cantik..

  • BANYAK lagi yang perlu dipelajari dalam teknik SEO ni..selamat berkenalan 🙂

  • Siapa pakar SEO Malaysia? Keluar ebook tu kira pakar lah.

  • hu3…title pakar itu untuk orang yang specialist dalam sesuatu bidang…kita ni hanya pemain SEO untuk suka-suka

  • nak jd pakar kena start dari bawah.. naik slow slow tak pernah putus asa

  • Ilmu SEO ini merangkumi pelbagai faktor, Update Google sentiasa berubah, belajar sikit demi sikit dan berterusan….saya rasa blog sentiasa update dan clear….kita-kita para blogger Malaysia yang antara pelopor industri SEO di Malaysia.

  • Nampaknya keyword ini sentiasa menjadi taruhan ramai penggiat blog di Malaysia. Gelaran Pakar SEO Malaysia tidak ada makna apa-apa sbb Google sendiri yang pegang … kalau dia mahukan si A jadi pakar seo, maka algo diubah untuk pastikan si A jadi top rank.

    Pengamal SEO akan terikat dengan Google. Jadi, takkan ada pakar sebenar dalam SEO. Yang pakar adalah mereka yang telah bekerja dalam Google itu sendiri.

    Setuju?

  • seo ni ada peminatnya yang tersendiri. sesiapun boleh mahir jika rajin berusaha.

  • InshaAllah.. Terus belajar dan belajar…

  • guna seo untuk buat duit…takperlu kata diri sendiri pakar…masa contest guna incognito..org nak google bukan guna incognito pun,,,,lagipun carian berbeza pada setiap orang berdasarkan minat org yang google….

  • pakar seo ni ramai yang diam diam ubi berisi…pakar blog dan sebagainya

  • informasi terbaik bagi saya yg barù nak belajar.

Comments are closed.