Refer Checklist SEO On Page Untuk Blog Anda

Pasti ramai yang sudah tahu serba sedikit tentang faktor on page dalam SEO. Mungkin ada yang sudah lama anda dengar, ada juga yang mungkin anda baru dengar.

Tapi itu lah, walaupun dah lama dengar, dah lama tahu, bukan bermakna kita buat juga kan.

Sebab? Dah menjadi lumrah akan kadang kadang yang terlupa dan ter-miss.

Saya sendiri pun selalu terlupa dan ter-miss dengan beberapa perkara bukan sahaja dari on page, malah off page dalam seo juga.

Itu sebab saya ada blog, blog kalau anda lihat nampak macam nak nasihatkan orang lain, tapi ia juga menasihat dan mengingatkan saya juga.

Kan biasa kita dengar, kalau anda dah faham, lagi pula anda ajar orang lain untuk faham. Ia tak bermakna anda jadi bodoh sebab ajar orang lain kan.

Justeru, saya kongsikan anda checklist 10 perkara dalam seo on page untuk kita jadikan reference bersama.

Saya listkan sahaja ya. Mana yang tak faham mungkin boleh tinggalkan komen.

Di bawah ni nanti saya ada nak beri penekanan sikit dengan keyword research.

1. Keyword research untuk setiap article post.
a. Pastikan keyword itu yang mampu untuk kita ranking
b. Kalau boleh cuba focus pada lebih daripada satu keyword focus
c. Jangan lupa untuk ulang keyword focus anda pada 200 patah perkataan pertama

2. Blog speed
a. Mesti alert dengan setiap tindakan anda yang mungkin akan buatkan blog anda slow.

3. Article mesti ada value dan jangan off topik
a. Pastikan ada value kepada pembaca
b. Improve dwell time

4. Jangan lupa letak internal backlink
a. Improve bounce rate
b. Improve pogo sticking
c. Improve short click dan long click
d. Improve dwell time juga
e. Pastikan ada outbound link

5. Pastikan anda beri focus pada pemilihan title yang baik
a. Baik kerana ada focus keyword dan appealing to user

6. Pastikan apply h1, h2, h3 dan seterusnya

7. Letak image
a. Jangan lupa untuk optimize image
b. Pastikan width image pada resolution yang sesuai
c. Pastikan kualiti image anda baik
d. Pastikan image ada optimize untuk keyword juga

8. Jangan spam tags kerana tidak perlu

9. Jangan lupa focus pada action untuk pembaca selepas membaca

10. Jangan lupa dengan LSI keyword..

Dan tambah lagi 1,

11. SILOs… nanti saya share apa yang saya maksudkan dengan keyword silo di bawah ( bunyinya sailo )

Alright?

Ok tak tu.

Mungkin boleh share daripada 1 sampai 11, mana satu yang anda tak pernah dengar di comment, mungkin kemudian hari saudara Saimi boleh beri lebih pencerahan. Atau pun ada pilih saja mana mana perkara yang anda mahu lebih pencerahan.

Dan sekarang, saya nak share tentang keyword research sikit.

Memahami Bagaimana Google Keyword Tool berfungsi..

Untuk ranking mana mana keyword di Google sudah pasti perkara pertama yang kita mesti lakukan ialah buat keyword research dengan betul.

Keyword research sangat penting, kalau tersalah buat takut takut anda tersalah pilih.

Pernah tidak kadang kadang masa buat keyword research anda rasa yang jumlah searchnya sedikit? Atau tiada langsung yang gunakan keyword yang anda cari.

Seperti contoh..

Katakan anda cuba nak promote bisnes homestay. Dan sudah menjadi naluri hati mestilah nak ranking keyword seperti ‘rumah homestay murah’ di ranking pertama Google.

Tapi bila anda search do Google Keyword Tool result seperti dibawah yang anda dapat.

rumah homestay murah

Tiada siapa langsung pula yang gunakan keyword ni.

Adakah memang betul tiada? Mungkin ya juga…

Tapi, tak bermakna pencarian anda harus berhenti di situ sahaja. Sebab Google Keyword Tool ini tak berapa tepat juga. Cara lain ialah anda guna result ‘search related’.

Untuk dapatkannya, hanya perlu buat sahaja carian ‘rumah homestay murah’ di Google dan lihat di bahagian bawah sekali. Seperti juga di bawah.

result rumah homestay murah

Dan sekarang cuba copy semua possibility di atas ke Google Keyword Tool. Anda akan dapat result seperti di bawah.

gkt result

Hah ada pun orang guna keyword untuk homestay kan.

Tapi bila fikir semula, kenapa tiada orang gunakan keyword ‘rumah homestay murah’.

Tapi ada pula yang gunakan homestay rumah kl yang ada 50 carian sebulan, dan lain lain di atas?

Jawapannya adalah, saya telah mengunakan keyword yang salah, dan pasti ramai juga yang secara tak sengaja terbuat salah ini kan.

Sebab terlalu ikut naluri sendiri. Itu sebab perlu untuk kita testing dahulu untuk sebarang keyword yang hendak di ranking sebab tak bermakna orang lain guna

SUSUNAN keyword yang sama.

Saya ulang lagi sekali, SUSUNAN keyword yang sama.

Seperti contoh yang atas tadi, saya rasa macam ramai yang akan gunakan keyword ‘rumah homestay murah’ di Google. Dan terus pula try di Google Keyword Tool untuk tengok berapa ramai yang guna.

Dan resultnya tiada, padahal masih lagi ada yang guna, cuma susunannya lain.
Itu sebab kita kena test dahulu di Google untuk dapatkan keyword search related nya.

Apa itu keyword search related? ialah keyword yang digunakan oleh pencari di Google.

Kiranya Google rekod semua tindakan orang ramai dan jadikanya list sebagai search related. Mungkin juga ia sudah memang sudah relate dengan apa yang saya carikan juga, so google berikan suggestion lah ni.

Keyword related ni sangat penting bila buat keyword research sebab result nya akan buat kita lebih faham apa yang user mahukan. Nanti saya akan beri contoh untuk kes ‘kucing’ pula di akhir nanti.

Sekarang saya listkan semua keyword related yang saya copy di Google tadi di bawah:

homestay murah di kulim
homestay murah kl
homestay murah di teluk kemang
homestay murah di pd
homestay murah di teluk batik
homestay murah di janda baik
homestay murah di kemaman
homestay murah di cameron

Apa persamaannya?

Ramai yang gunakan ‘homestay murah’ kan?

So, sekarang kita hanya perlukan gunakan keyword ini di Google Keyword Tool. Dan tak salah lagi apabila dapat pula result seperti di bawah.

homestay murah

Hah ada pun orang gunakan keyword untuk project homestay kita kan.

Eh apa kata kita terbalikkan keyword ‘homestay murah’ kepada ‘murah homestay’ pula, untuk sokong pada apa yang saya jelaskan tadi.

Dan resultnya..

murah homestay

So terbukti lah kan.

Ok kalau satu sahaja contoh mesti tak cukup.

Kita try contoh untuk niche kucing pula.

Kalau anda fikir fikirkan semula, keyword research ni bukan nak cari keyword yang berbaloi untuk diranking semata mata. Tapi lebih kepada memahami apa kehendak utama pencari.

Kiranya kita cuba untuk faham apakah masalah yang paling utama dalam sesuatu topik.

Kebiasaanya ialah saya hanya gunakan keyword root word nya dahulu di Google. Untuk saya brainstorm dan cuba memahami apakah motif dan focus blog yang boleh saya configure nanti.

Seperti di bawah..beserta juga dengan keyword related nya.

kucing

Dan sekarang apa yang boleh saya faham ada beberapa subtopic yang lebih focus tentang kucing yang orang ramai nak tahu.

Iaitu yang berkaitan dengan nama kucing
yang berkaitan dengan jenis kucing
yang berkaitan dengan kucing untuk dijual ( jual kucing juga ni )
yang berkaitan dengan penjagaan kucing
yang berkaitan dengan penyakit kucing ( kucing muntah juga )

Kenapa saya tak jadikan suara kucing sebagai focus untuk teruskan research?

Ini sebenarnya daripada naluri saya sendiri juga. Rasanya kalau lah saya ni sebagai empunya kedai haiwan mestilah tiada apa yang boleh saya jualkan kalau blog saya duk sembang pasal suara kucing pula kan.

Kiranya dah macam buang masa. Kenapa pula kita perlu luangkan masa pada perkara yang tak mendatangkan apa apa hasil kan.

Hasil tu maksud saya duit lah.

Sebab kalau saya tahu jenis kucing yang orang ramai suka, saya boleh focus pada jenis kucing itu untuk dijual sebab saya tahu ada permintaanya.

Kalau kucing yang dijual lagi lah kan.

Untuk penjagaan kucing pun sama, kalau saya tahu subtopic ini mesti saya boleh jual berus kucing ke, shampoo kucing ke. Boleh buat duit ni kan.

Tapi suara kucing? Adoi..harap anda faham.

Yang nama kucing tu memang lah, tak kan saya nak namakan kucing anda dan anda bayar saya. Memang lah tak masuk akal. So still tak boleh buat duit, tapi bukankah ianya suatu yang attractive, iaitu yang menarik minat si penjaga kucing. Mesti nak tahu juga nama nama kucing yang popular di Malaysia. Untuk saja suka suka.

Katakan saya listkan top 10 nama kucing yang di panggil di Malaysia, contoh macam tompok, comel, semuanya tu. Mesti ramai yang nak tahu. InsyaAllah lah..berdasarkan naluri juga ni.

Baiklah, berdasarkan list keyword related yang saya nak focus tadi ada 5.

Iaitu yang berkaitan dengan nama kucing

yang berkaitan dengan jenis kucing
yang berkaitan dengan kucing untuk dijual ( jual kucing juga ni )
yang berkaitan dengan penjagaan kucing
yang berkaitan dengan penyakit kucing ( kucing muntah juga )

Untuk post ini, saya nak beri contoh yang ‘penyakit kucing’ sahaja. Harap anda boleh fahamkan sendiri apa yang saya maksudkan untuk bahagian subtopic yang lain.

Dan untuk penyakit kucing pula, anda hanya perlu click ia di bahagian related itu atau buat sahaja cariannya. Seperti di bawah.

penyakit kucing

Anda boleh teruskan lagi study keyword ‘penyakit kucing’ ini dengan cuba cuba click di search related yang lain pula, seperti yang cirit birit, perut buncit di atas.

Di ikuti pula dengan 5 subtopik utama tentang kucing ( root word ) tadi.

Dan katakan anda nak buat article untuk ranking keyword “penyakit kucing”, anda hanya perlu buatkan article lain tajuknya seperti cirit birit, perut buncit, kucing kampong dan seterusnya dan pastikan setiap post tersebut ada internal link ke post ‘penyakit kucing’.

InsyaAllah anda akan lebih mudah untuk ranking keyword ‘penyakit kucing’.

Pendek kata, structure keyword focus di blog anda adalah seperti di bawah:

kucing silo

Teknik ini dinamakan SILO. Ia lebih kepada membuatkan Google faham yang blog anda punyai topik yang lebih specific, kerana structure pecahan topik anda teratur.

Saya gunakan teknik ini untuk ranking blog case study saya di sini, http://www.seocarabaik.com/buat-duit-dengan-blog-dec/

Kalau tak silap saya, dalam masa 2 minggu sahaja, post untuk keyword terus sudah ranking di page pertama, tangga ke 6.

Untuk siapkan silo seperti di atas, memang perlukan masa juga. Tapi tak apalah kan sebab ia berbaloi. Dan sememangnya 100% possibility yang saya akan buat.

Tapi untuk memudahkan, anda boleh sahaja guna tool daripada Keyword Revealer.

Sebab salah satu fungsi daripada keyword revealer ini ia akan siapkan subtopic relation seperti di atas, yang juga boleh kita consider sebagai silo untuk topik focus kita.

Apa yang anda perlu buat hanya letakkan keyword root word dan terus sahaja siap pecahannya seperti di bawah.

keyword revealer

Lebih mudah kan. Tapi mahal juga untuk kos tool ni. Dalam 30USD sebulan. Tapi manalah tahu kalau anda betul betul serius kan.

Baiklah, itu sahaja kot.

Jangan lupa checklist di atas tadi.

Sekian sahaja, nama saya Syed, dari SEOCaraBaik.com

Comments are closed