Cara Membuat Blog Sendiri Dengan Percuma Dan Praktikal

Sekiranya anda menjumpai artikel ini, pastinya anda mempunyai keinginan untuk belajar buat blog sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Betul atau tidak?

Ada dua perkara yang perlu anda tahu:

  1. Membuat blog itu suatu perkara yang sangat mudah
  2. Akan tetapi membuat blog yang memberi manfaat kepada pembaca, merupakan suatu perkara yang sangat sukar

Bagaimana anda boleh tertarik untuk menjadi blogger?

Kemungkinan setelah melihat ataupun melayari blog yang dimiliki oleh blogger terkenal di Malaysia dan selepas itu anda menyimpan angan-angan untuk menjadi seperti mereka.

Ataupun ada seseorang mengatakan kepada anda bahawa blog itu boleh menghasilkan pendapatan secara online.

Apapun alasan yang anda berikan, saya harap anda baca tips dari panduan blogger ini terlebih dahulu. Semoga ianya memberikan maklumat yang tepat buat pembaca blog ini.

membuat blog

Maaf ya , saya tidak akan memberikan tip cara membuat akaun di blogger/blogspot ataupun cara install wordpress sebab ianya terlalu mudah, ambik masa lebih kurang 5 hingga 10 minit sudah siap.

Kalau anda hanya mahu tahu tentang itu, baca sahaja artikel Bagaimana buat blog dalam masa 5 minit di google.

…Tapi saya akan berkongsi langkah-langkah yang lebih penting dari itu.

Iaitu belajar buat blog yang mempunyai peluang yang tinggi untuk menjadi blogger sukses dan berjaya di masa akan datang.

Kemungkinan setelah anda selesai membaca artikel ini, anda akan mampu menciptakan satu blog yang cukup menarik, berkualiti dan setanding dengan blog terbaik di Malaysia masa kini.

Artikel ini amat panjang, mungkin mencapai 1500 patah perkataan. Jadi sebelum kita pergi lebih jauh saya cadangkan anda sediakan secawan kopi ataupun teh.

…Tapi sebelum belajar cara membuat blog, perlu anda fahami

Semua blog yang berjaya mempunyai satu persaman.

Blog mereka dibuat dengan bersungguh-sungguh, bukannya sekadar suka-suka.

Sebelum dibuat, mereka sudah mempunyai perancangan bagaimanakah gambaran blog itu nanti.

Oleh itu sebelum kita belajar lebih lanjut tentang pembuatan blog, saya akan berkongsikan pandangan tentang perancangan blog terlebih dahulu.

Kita mula dari langkah pertama.

1. Tentukan topik utama blog

Satu fakta yang ingin saya beritahu anda.

Anda tahu berapakah jumlah artikel yang diterbitkan setiap hari di seluruh dunia?

Mengikut maklumat yang diperolehi daripada Quora, lebih 2.73 juta artikel dipublishkan oleh blog setiap hari. 70% peratus daripada blog tersebut hanya mampu memperolehi purata 500 pungunjung sebulan.

Sebagai pemilik blog, adakah anda merasakan blog anda sudah sukses dengan hanya menerima jumlah pengunjung sebegitu sebulan.

Pasti anda akan kecewa bukan…

Jadi, anda tahu apakah penyebabnya?

Ini antara tiga penyebab utama:

  1. Niche ataupun topik yang bercampur-aduk.
  2. Tajuk yang tidak menarik perhatian orang
  3. Tidak menguasai topik ataupun niche yang dipilih

Kenapa saya berkata demikian?

Alasannya,,,

Sekiranya anda hanya mempunyai masa hanya untuk membaca lima blog, adakah anda akan membaca blog yang mempunyai konten yang berkualiti dan menarik, ataupun memilih topik yang tidak menarik.

Sudah tentu anda akan memilih blog yang mempunyai artikel yang menarik dan berkualiti, betul tak?

Inilah yang saya maksudkan pemilihan topik dan niche satu perkara yang sangat penting.

Ada 2 poin penting untuk memilih niche atau topik blog yang sukses:

  • Topik yang menarik perhatian orang ramai
  • Topik yang menarik perhatian anda sendiri

Adakah anda bersetuju dengan 2 poin di atas. Saya yakin ramai yang bersetuju dengan poin yang pertama. Setuju?

Tapi bagaimana dengan poin yang kedua. Pasti ramai yang tidak bersetuju kan.Tidak mengapa…

Tapi cuba anda fikirkan, sekiranya anda sendiri tidak tertarik dengan topik atau artikel yang anda tulis. Bagaimana pula dengan orang lain. Adakah mereka juga boleh tertarik dengan artikel anda.

Topik yang mampu menghasilkan wang

Saya percaya sebahagian besar pembaca artikel ini ingin mendapatkan pendapatan dari blog.

Memang betul blog memang mampu menghasilkan pendapatan.

Akan tetapi ada pula pendapat yang mengatakan hanya topik tertentu sahaja yang mampu menghasilkan pendapatan.

Pemahaman ini merupakan satu kesilapan yang besar. Sebenarnya semua niche mampu menghasilkan keuntungan.

Asalkan konten yang anda sajikan mampu menarik minat ramai orang. Apa topik pun mampu memberi hasil kepada blog.

Sebagai contoh dari pengalaman saya 3-4 tahun lalu ketika mula berblogging.

Saya mencuba membuat blog niche ataupun topik hiburan. Pada masa itu katanya niche tersebut mampu menghasilkan pendapatan dan menerima banyak pengunjung.

Padahal saya tidak meminati niche dan topik sebegitu.

Ini menyebabkan konten yang saya hasilkan tidak berkualiti dan tidak menarik ramai orang. Akhirnya saya sendiri menjadi stress setiap kali ingin menerbitkan konten.

Lama-kelamaan ia menjadi terbengkalai kerana ketiadaan pengunjung.

Ini terjadi kerana saya tidak pernah belajar buat blog dengan betul.

Jadi jangan pilih topik yang tidak menarik minat anda.

2. Pilih platform yang sesuai dengan anda

Kita sudah melepasi langkah pertama tadi. Langkah pertama tadi merupakan langkah yang paling penting membuat blog.

Sekarang kita lihat pula bab yang lebih mudah di langkah kedua ini.

Zaman sekarang sudah semakin canggih. Anda tidak perlu mempunyai pengetahuan dalam pengaturcaraan php pun sudah mampu menulis di blog dengan menggunakan platform yang sedia ada sekarang.

Terdapat 3 platform yang paling popular:

  • Blogger – hosted
  • WordPress.com – hosted
  • WordPress.org – self hosted

Sebenarnya banyak lagi platform yang disediakan untuk membolehkan anda belajar cara membuat blog sendiri, saya tidak ingin memeningkan kepala anda dengan platform yang lain kerana kurang popular dan tidak sesuai untuk pemula.

Dalam siri pembelajaran cara membuat blog, ada dua perkara penting perlu diketahui:

  • Hosted
  • Self hosted

Apakah yang anda faham dengan dua istilah di atas?

Hosted bermaksud website anda menumpang di rumah(hosting) orang lain. Jadi secara totalnya website anda bukanlah kepunyaan mutlak anda. Alamat laman anda akan menjadi seperti ini namablog.blogspot.com ataupun namablog.wordpress.com.

Manakala maksud self hosted adalah sebaliknya.

Website anda dibuat dengan platform yang dipanggil wordpress self hosted. Website tersebut menjadi milik mutlak anda 100 peratus.

Akan tetapi anda perlu sejumlah wang untuk membiayai domain dan juga hosting.

Anda kena buat pilihan samada menggunakan hosted ataupun self hosted.

Jadi anda pilih yang mana?

Jom kita bincang satu persatu.

Anda boleh memilih hosted sekiranya anda:

  • Tidak ingin mengeluarkan kos untuk membeli domain dan hosting.
  • Jika anda hanya fokus untuk membuat konten.
  • Tidak kisah jika dianggap kurang professional
  • Tidak kisah dengan kelebihan yang diberikan amat terbatas

Akan tetapi, anda boleh memilih self hosting sekiranya:

  • anda mampu untuk membayar kos domain dan hosting setahun diantara rm60 hingga rm100 setahun.
  • Ingin mempunyai hak dan kebebasan yang terhadap website anda.
  • ingin kelihatan lebih professional
  • anda mempunyai cita-cita untuk melangkah lebih jauh, bukan sekadar blogging semata-mata.

Jika anda ingin serius di dalam bidang blogging dan betul-betul nak tahu tentang cara membuat blog, saya menyarankan anda menggunakan platform wordpress self hosted. Ianya memang baik untuk kesan jangka masa yang panjang.

Akan tetapi jika anda tidak mahu mengeluarkan modal untuk membiayai domain dan juga hosting, pilih sahaja hosted platform terlebih dahulu.

Apabila sudah berjaya, barulah anda pindahkan dari hosted ke self hosted. Ramai juga yang melakukan demikian dan ianya tidak menjadi masalah yang besar.

Cara installation wordpress self hosted akan diterangkan nanti.

3. Memilih penyedia layanan domain dan hosting

Pernahkah anda mendengar istilah domain dan hosting?

Saya cuba terangkan dengan cara yang paling ringkas. Tak perlu fikirkan secara teknikal.

Domain: nama ataupun alamat website anda. Contohnya website ini adalah domain blogginspired.com.
Hosting: Tempat di mana data-data ataupun fail anda disimpan. Contohnya artikel, gambar dan sebagainya. Kalau di komputer, ianya dipanggil sebagai hardisk.

Bagaimanakah cara mendapatkannya?

Ialah dengan menyewa dari penyedia yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Anda perlu membayar kos sewa samada secara bulanan ataupun tahunan. Ianya bergantung syarat dan ketetapan yang disediakan oleh penyedia domain dan hosting. Ingat ya, bukan bayar sekali untuk seumur hidup.

Dua istilah merupakan perkara yang paling penting untuk laman anda.

Jadi pilihlah penyedia domain dan hosting yang boleh dipercayai. Kalau anda tidak tahu manakah pihak penyedia yang boleh dipercayai, anda boleh bertanyakan kepada blogger yang sudah lama melanggan perkhidmatan terbabit.

Di bawah ini antara beberapa penyedia perkhidmatan antarabangsa yang boleh dipercayai.

Domain : Namecheap, Godaddy

Hosting : Hostgator, Bluehost

Harga yang ditawarkan memang masuk akal dan amat jarang memberikan masalah kepada pengguna.

Akan tetapi untuk mendapatkan perkhidmatan mereka, anda memerlukan kad kredit, kad debit ataupun paypal sebagai cara pembayaran. Saranan saya adalah lebih mudah dan selamat menggunakan paypal.

4. Menentukan nama domain

Ada 5 perkara yang perlu diberi perhatian di dalam menentukan nama domain untuk laman anda:

  • Sesuai nama domain anda dengan niche
  • Gunakan nama yang mudah diingat, ditulis dan juga disebut.
  • Jangan menggunakan nama yang mirip dengan website yang telah popular
  • Jangan menggunakan tanda negatif(-) ataupun nombor pada domain anda. Conthonya: jangan guna(nama-blog.com) tetapi gunalah(namablog.com). Susah nak ingat nanti.
  • Seeloknya menggunakan .com. Bukan tidak boleh menggunakan ext yang lain, tetapi pilihan yang pertama biarlah .com

Kemungkinan ada yang akan bertanya kenapa perlu menggunakan .com. Alasan saya ialah senang nak ingat website yang menggunakan dot com ini berbanding menggunakan dot yang lain. Kalau tiada pilihan, anda boleh juga menggunakan dot info, dot net, dot org dan sebagainya.

Oh ya, hampir saya terlupa kenapa tanda – dan nombor tidak boleh dijadikan sebahagian dari nama domain anda. Kerana kemungkinan laman anda akan dilabel sebagai website spam. KECUALi jika produk anda ada menggunakan kedua-dua tanda tersebut.

Saya berhenti di sini terlebih dahulu. Insha allah akan disambungkan kembali siri cara membuat blog sendiri. Sekiranya ada masa terluang dengan menceritakan bagaimana membuat blog wordpress self-hosted secara terperinci pada laman anda.

Ini sambungannya…

Belajar buat blog di wordpress

WordPress merupakan sebuah aplikasi blogging(blogging software). Anda memerlukan aplikasi untuk mula menulis artikel di laman anda. Hampir keseluruhan website saya menggunakan platform wordpress self hosted ini. Paling popular digunakan kerana sangat user-friendly.

Kenapa ianya sangat user-friednly?

Walaupun anda tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang teknikal dan juga programming, anda masih mampu melakukan installation dengan hanya beberapa klik.

Untuk membolehkan anda membuat installation wordpress pada domain, hosting diperlukan. Tidak kira samada shared hosting ataupun VPS hosting.

Anda boleh pilih samada nak guna hosting luar negara ataupun di dalam Malaysia.

Jika anda masih baru dan ingin mudah faham belajar buat blog, anda guna sahaja hosting dari Malaysia seperti NetKL, DataKL dan lain-lain. Ini memudahkan anda berhubung dengan penyedia hosting sekiranya ada masalah.

Hosting luar negara, saya suggestkan bluehost Kerana ianya mudah, hanya beberapa klik sahaja dah siap.

Ok jom kita mulakan,,

1. Jika anda dah ada domain atau hosting akaun percuma, sila login dan klik icon “Install WordPress”.

belajar buat blog di wordpress
Klik 1 install wordpress di Bluehost

2. Pilih “Do it yourself” dan klik “install” button untuk meneruskan.

klik 2 wordpress
Klik 2

3. Klik “Check Domain” button.

Klik 3

4. Tandakan tick pada “i have read…” dan akhir sekali klik “install now”.

Memang senang kalau install wordpress di Bluehost, hanya 5 klik sahaja.

Install wordpress theme

Antara kelebihan yang ada pada wordpress ialah mempunyai banyak pilihan design. Design ini digunakan untuk memperindahkan blog anda. WordPress design dipanggil theme.

Secara default theme wordpress anda setelah siap diinstall ke dalam hosting adalah seperti di bawah.

Kurang menarik kan,, tetapi ianya oklah untuk belajar buat blog secara permulaan.

Ada banyak sebenarnya wordpress theme nie, anda boleh pilih samada nak guna yang berbayar ataupun percuma.

Kita lupakan sekejap tentang theme, di bawah ini perkara yang lebih penting dalam siri belajar buat blog.

Pertamanya, anda perlu log masuk ke wordpress admin. WordPress admin boleh diakses melalui url namadomainanda.com/wp-admin.

Gantikan “namadomainanda.com” dengan nama domain anda. Anda akan melihat paparan sebagaimana di bawah.

Bila anda log masuk, paparan di bawah akan kelihatan. Jika anda masih baru belajar buat blog dalam wordpress, pasti anda akan rasa pening tetapi ianya akan menjadi seperti biasa nanti setelah selalu guna.

Saya terpaksa berhenti di sini dahulu, Inshaa allah akan sambung lagi penulisan tentang cara membuat blog di wordpress. Artikel belajar buat blog ini sebenarnya masih panjang.

Apapun jika anda ada pertanyaan, ajukan sahaja diruangan komen.

Cara Membuat Blog Sendiri Dengan Percuma Dan Praktikal
4.61 (92.22%) 18 votes

Bukan blogger baru, tapi bukan juga pakar SEO. Nama sebenar ialah Saimi Ramlan yang hanya seorang yang suka mempelajari hal-hal berkaitan internet seperti SEO, wordpres dan bisnis online.

5 comments On Cara Membuat Blog Sendiri Dengan Percuma Dan Praktikal

Leave a reply:

Your email address will not be published.