Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Kali ini BloggInspired ingin berkongsi informasi tentang Malaysia Best SEO Blog 2014. Pasti ramai yang tertanya-tanya adakah betul blog yang disenaraikan di bawah ini menggunakan pendekatan SEO yang terbaik?

Sebenarnya judgement ini saya buat berdasarkan keputusan contest SEO anjuran Ratu Contest SEO yang bertajuk “Contest Bonus Akhir Tahun“. Contest tersebut telah berlangsung dari 15hb Oktober 2014 hingga 31 Disember 2014. Senarai pemenang-pemenang juga telah diumumkan oleh penganjur pada 18 januari 2015.

Top 5 Malaysia Best SEO Blog 2014

Alhamdulillah daripada contest tersebut BloggInspired telah berjaya menduduki tempat kelima dalam kategori SEO. Keputusan top 5 malaysia best blog kategori SEO dalam contest akhir tahun sebagaimana di bawah:

  1. Tempat Pertama – http://www.relakssminda.blogspot.com
  2. Tempat Kedua – http://www.hasrulhassan.com
  3. Tempat Ketiga – http://www.bloggerlelaki.com
  4. Tempat Keempat – http://www.malaysiatercinta.com
  5. Tempat Kelima – http://www.blogginspired.com

Tidak dapat dinafikan saingan untuk mendapatkan kedudukan yang baik dienjin carian amat sengit sekali. Seperti dijangkakan ternyata blog yang menggunakan platform blogspot mendominasikan saingan daripada tempat pertama hingga keempat di google Malaysia.

Sekiranya anda melihat keputusan penuh contest tersebut boleh rujuk di artikel – Keputusan Contest Bonus Akhir Tahun 2014

Akhirnya terselit juga kejayaan dipenghujung tahun 2014 ini.

Tetapi jangan lupa di awal tahun 2015 ini, banyak juga contest SEO yang telah dianjurkan. Antaranya ialah:

  1. Malaysia Best Blog 2015
  2. Jom Aktifkan Mykad

Apa yang menarik untuk contest awal tahun 2015 ini, Malaysia Best Blog 2015 menawarkan hadiah lumayan RM1500 kepada pemenang tempat pertama dan RM50 kepada pemenang tempat kedua hingga kesepuluh. Hadiah yang berskala mega ini pasti akan mengundang ramai pakar SEO Malaysia turun padang. Ini akan menambahkan lagi bahan saingan pada awal tahun ini.

Akhir kata selamat berusaha kepada peserta contest SEO Malaysia Best Blog 2015.