Malaysia Best Blog 2015

malaysia best blog 2015

Malaysia Best Blog 2015.

Contest ini telah berakhir pada 31 Mac 2015. Alhamdulillah saya diiktiraf sebagai pemenang.

Kalau nak buat kajian bacalah artikel di bawah ini sampai habis ya.

Sebenarnya ini hanyalah artikel penyertaan saya dalam satu contest SEO pada tahun 2015 ini. Contest yang menawarkan hadiah paling lumayan kepada pemenang tempat pertama ini telah ditutup penyertaannya pada 18 Februari 2015.

Pertandingan Malaysia best blog 2015 menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM1500.00 kepada juara dan RM50 kepada pemenang tempat kedua hingga kesepuluh. Sepanjang berblogging inilah hadiah terbesar yang pernah ditawarkan oleh penganjur untuk contest SEO. Syabas dan tahniah diucapkan kepada penganjur.

malaysia best blog 2015

Contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dianjurkan oleh ohduit.com

Antara syarat yang ditetapkan penganjur contest ialah setiap peserta diwajibkan menyenaraikan sepuluh blog pilihan terbaik tahun 2015.Peserta dikehendaki menceritakan serba sedikit kenapa mereka memilih 10 Malaysia Best Blog 2015. Tetapi saya memilih 11 untuk disenaraikan. Pemilihan yang dilakukan adalah merupakan pandangan peribadi saya dan jangan ada yang berkecil hati jikalau blog mereka tidak tersenarai. Terlalu banyak untuk disenaraikan tetapi 11 blog yang terpilih bagi saya mempunyai perancangan blog yang tersendiri sehinggakan mampu memberikan sesuatu impak yang sungguh membanggakan.

11 Malaysia Best Blog 2015

  1. Blog Ariff Shah
  2. Blog ini sudah saya kenali sejak awal 2010 lagi. Gaya penyampaian yang begitu bersahaja tetapi penuh dengan pendapat yang bernas, jelas dan mudah difahami. Saya memang amat menyukai cara penulisan pemilik ini.

  3. Blog ahmadfaizal.com
  4. Blog ini cukup sinonim dengan perkataan buat duit secara online dan banyak bercerita tentang dunia affiliate. Banyak ilmu tentang affiliate yang saya dapat daripada cikgu yang lejen ini. Memang highly recommended kalau anda ingin belajar buat duit secara online ataupun SEO.

  5. Blog Multees
  6. Highly recommended kalau nak belajar tentang SEO. Kebanyakan ilmu SEO yang saya dapat adalah pembacaan daripada Multees ini.Rugi sekiranya anda ingin tahu pasal SEO tetapi tidak membelek isi kandungan di dalamnya. Untuk pengetahuan pembaca semua, pemilik multees ini telah menjana RM80K hanya melalui blog.

  7. Akma Omar
  8. Digelar Ratu Contest SEO. Boleh dikatakan setiap pertandingan yang disertainya pasti membuahkan hasil. Sedikit masa lalu beliau selalu menang dalam setiap contest SEO yang dianjurkan. Saya teruja sangat dengan gaya penulisan yang disampaikan. Semuanya diulas dengan terperinci dan menggunakan gaya bahasa yang betul dan mudah difahami. Tidak hairanlah kalau pemilik Malaysia Best blog 2015 ini selalu mendapat invitation untuk review product yang mega-mega.

  9. Blog Rossaimi
  10. Blog yang menggunakan protokol https ini banyak berkongsikan cerita tentang google, SEO dan juga kadang kala tentang pemasaran internet. Memang sesuai untuk mereka yang mula berjinak-jinak dalam dunia blogging dan ingin mempelajari tentang asas SEO. Pemilik blog ini kebiasaannya akan melakukan kemaskini sekiranya ada perubahan yang dilakukan google seperti perubahan algoritma seperti panda,penguin dan juga pagerank. kalau tak percaya cubalah jenguk.hahaha.

  11. ohduit.com
  12. Blog yang menfokuskan tentang duit ini telah wujud sejak sekian lama. Saya tidak pasti sejak bila kewujudannya. Banyak informasi yang berguna yang boleh didapati dari blog terutama tentang buat duit secara online. Sekiranya anda ingin mendapat tentang bisnes online dan juga berita terkini, semuanya dapat anda temui di blog ini. Untuk makluman pembaca, contest ini juga dianjurkan oleh pemilik ohduit ini.

  13. Abang Ensem
  14. Sebuah blog yang begitu padat bercerita tentang pelaburan hartanah di Malaysia. Pemilik blog ini sekarang sibuk menganjurkan seminar pelaburan hartanah ke seluruh Malaysia. Senang cerita, kalau anda nak info lengkap tentang pelaburan hartanah semuanya ada di sini.

  15. Hasrul Hassan
  16. Merupakan seorang sifu ilmu SEO blogspot Malaysia. Beliau banyak berkongsikan cerita tentang dunia SEO blogspot dan juga tutorial berblogging. Selalu memenangi contest SEO dan layak digelar salah seorang pakar SEO Malaysia.

  17. Denaihati
  18. Tagline yang senang diingati sampai bila-bila iaitu “hidupkan untuk memberi”. Pemilik denaihati ini memang seorang yang pemurah dan selalu melakukan kerja-kerja kemanusiaan. Informasi-informasi berguna boleh didapati dari blog beliau. Denaihati bukan sahaja dikenali di Malaysia tetapi juga di Indonesia. Kalau anda nak inginkan hadiah yang besar-besar, selalulah berkunjung ke blog denaihati kerana mereka selalunya menganjurkan contest yang menawarkan hadiah yang lumayan.

  19. Hazman Fadzil
  20. Blog ini banyak menceritakan makanan dan juga tempat-tempat makan yang menarik. Banyak info tentang makanan yang boleh didapati di sini. Jadi sebelum anda makan sila masuk ke blog ini terlebih dahulu untuk melihat tempat makan mana yang ada diskaun.

  21. Blog Kak Jie
  22. Sebuah blog yang saya ikuti sejak tahun 2010 lagi. Perkongsiannya banyak kepada informasi terkini,tip-tip dan juga panduan. Gambar yang dipamirkan cukup menarik dan begitu jelas sekali. Gaya penyampaian begitu santai tetapi amat menyeronokkan apabila membaca. Isu-isu yang dibahaskan begitu jelas dan teratur sekali.

Penganjur Dan Penaja Contest Malaysia Best Blog 2015

“Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com dan ditaja oleh (*akan ditambah kemudian jika ada penaja)”

Akhir kata selamat bersaing buat semua peserta contest Malaysia Best Blog 2015.

86 Comments