Pada bulan Ogos 2014, google telah membuat pernyataan akan mengutamakan laman yang mempunyai protokol HTTPS di enjin carian.

Nampaknya pernyataan tersebut telah dilaksanakan pada 17 Disember 2015. Bermula pada tarikh tersebut, google telah membuat pengumuman mengubah sistem indexing untuk memberikan lebih tumpuan ataupun keutamaan kepada laman-laman HTTPS.

Ringkasan pernyataan adalah sebagaimana dibawah,,

[su_quote cite=” Zineb Ait Bahajji, WTA, and the Google Security and Indexing teams” url=”https://plus.google.com/+ZinebAitBahajji”]As a natural continuation of this, today we’d like to announce that we’re adjusting our indexing system to look for more HTTPS pages.[/su_quote]

Ini bermakna laman yang menggunakan protokol HTTP akan kurang diutamakan untuk berada di bahagian atas enjin carian berbanding laman yang menggunakan HTTPS. Akan tetapi beberapa perkara sebagaimana di bawah perlu dipatuhi.

  1. Laman ataupun artikel tersebut tidak mempunyai unsur-unsur yang tidak selamat
  2. Url laman berprotokol HTTPS tidak dihalang oleh robots.txt
  3. Tidak ada link keluar yang menuju ke laman HTTP
  4. Link “canonical” tidak menuju ke laman non HTTPS
  5. Tidak mengandungi meta tag “noindex”
  6. Sitemap hendaklah mengandungi url HTTPS
  7. Web server hendaklah memiliki TLS yang valid

Nampaknya google cuba untuk memaksa webmaster ataupun blogger supaya menggunakan HTTS header pada server masing-masing.

Apakah selepas ini tidak akan ada lagi laman ataupun blog yang menggunakan protokol HTTP. Apa agaknya yang akan terjadi sekiranya semuanya bertukar kepada HTTPS. Apakah ianya betul-betul selamat dan aman untuk pengunjung?

Pendapat saya, Walaupun pada hakikatnya tujuan google itu untuk kebaikan dan keamanan pembaca tetapi ada beberapa kesan tidak baik apabila google bertindak begitu. Antaranya ialah:

  1. Blog walking akan menjadi tidak lagi relevan kerana sudah pastinya pemilik blog yang menggunakan protokol HTTPS akan memadamkan link HTTP yang ditinggalkan oleh pengomen di dalam ruangan komen kerana takut kemungkinan google tidak akan mengindex laman mereka.Saya mula memadamkan link secara berperingkat.(hahaha)
  2. Kebiasaannya shared hosting basic tidak support HTTPS kerana perlu menggunakan dedicated ip. Jadi untuk bertukar kepada HTTPS, perlukan sedikit kos. Akan memberi tekanan kepada blogger. Sila baca review SSL murah USD5 setahun.
  3. Blogger HTTP akan kehilangan konten yang original sekiranya konten tersebut di copy ataupun disalin oleh mereka yang menggunakan protokol HTTPS.
  4. Kemungkinan facebook, twitter dan google akan menghalang website yang menggunakan protokol HTTP.

Itu hanya kebarangkalian kesan menurut pendapat saya. Selebihnya anda fikirlah sendiri.