Akhirnya Google Adsense Support Bahasa Melayu(Malay)

Akhirnya Google Adsense Support Bahasa Melayu(Malay). Saya rasa berita ini disambut gembira oleh sebahagian besar rakan blogger di Malaysia. Manakan tidak kerana sebelum ini banyak permohonan yang ditolak kerana “unsupported language” policy. Screen shotnya sepertimana gambar di bawah.

google adsense support bahasa malaysia

Walaupun untuk lulus dan mengekalkan kelulusan yang diberi kerana polisi-polisi yang diamalkan google begitu ketat sekali, akan tetapi sekurang-kurangnya menjadi pencetus semangat untuk terus menerbitkan artikel yang berkualiti agar mendapat perhatian enjin carian. Jadi lepas ini akan meningkatlah persaingan PPC di arena blogging Malaysia.

Google adsense ada membuat pengumuman melalui twitter seperti di bawah. Jadi kena follow twitter adsense ini supaya mudah mendapat terkini dari mereka.

Adsense now speaks Malay merupakan pernyataan yang dikeluarkan menerusi blog rasmi google yang memaparkan informasi tentang adsense. Antara ringkasan pernyataannya ialah bermulanya pada 2 April 2015, adsense support content in Malay(bahasa melayu). Mereka mengalu-alukan lebih banyak konten yang berkualiti diterbitkan di dalam bahasa melayu.

Beberapa langkah perlu dilakukan sebelum memulakan earning dengan adsense, antaranya ialah:

  1. Pastikan laman ataupun blog kita mengikuti Adsense Program Policy.
  2. Daftar akaun adsense melalui laman berbahasa melayu.
  3. Bila dah approve, letak kod iklan adsense di blog

Saya pun mencuba submit application, tak tahu lah lulus ke tak lulus.

Comments are closed