Cara Membuat Akaun Email Di Gmail Secara Gratis

Cara membuat akaun email di gmail secara percuma(gratis). Bagaimana tu? Pasti ramai yang pelik kenapa saya menggunakan perkataan gratis. Perkataan tersebut diambil daripada bahasa Indonesia yang bermaksud percuma.

Masihkah anda ingat lagi artikel saya sebelum ini yang berkisarkan tentang cara membuat blog. Kalau anda masih ingat, ada poin yang menyatakan sebelum membuat blog terutamanya di blogspot kita hendaklah mempunyai akaun gmail terlebih dahulu.

Kebetulan kali ini saya ada sedikit masa terluang, maka kesempatan ini digunakan untuk berkongsi serba sedikit cara membuat akaun email di gmail secara gratis. Semoga ianya memberi manfaat kepada semuanya pembaca samada di Malaysia ataupun Indonesia. Ikuti beberapa langkah mudah di bawah ini.

Cara Membuat Akaun Email Gratis

  1. Klik pautan ini – Gmail – Free Storage and Email from Google. Anda akan dibawa ke halaman gmail sejurus selepas itu dan lihat penjuru atas sebelah kanan dan klik “Create an account“. Paparan sebagaimana di bawah akan terpapar.
  2. cara membuat akaun email di gmail gratis

  3. Isikan maklumat-maklumat yang diperlukan pada ruangan kosong yang disediakan. Seeloknya guna nama ataupun apa-apa perkara yang sinonim dengan diri anda supaya senang nak ingat dikemudian hari. Buatkanlah sedikit nota sebagai peringatan.
  4. Isikan Maklumat Pendaftaran Gmail Gratis Anda

    • Name: Di ruangan “first” masukkan nama pertama anda manakala ruangan “last” masukkan nama bapa ataupun nama anda yang lain. Contohnya semasa membuat akaun gmail gratis ini saya meletakkan nama “Kang” diruangan “first” dan nama “Blogginspired” diruangan “last”.
    • Choose your username: pilih nama username mengikut citarasa anda. Saya menggunakan “kangblogginspired” sebagai username. Jadi alamat email saya ialah kangblogginspired@gmail.com. Sekiranya selepas anda memasukkan username anda tetapi terpapar pula perkataan yang berbunyi “Someone already has that username. Try another?”, itu bermakna username tersebut telah digunakan oleh orang lain. Anda perlu mencari username yang lain.
    • Create a password : Masukkan kata laluan pilihan anda. Pastikan anda menggunakan sekurang-kurangnya 8 karekter dan tidak diketahui oleh orang lain. Kata laluan tersebut hendaklah diingati kerana akan digunakan apabila anda ingin memasuki akaun gmail nanti.
    • Confirm your password : Masukkan semula kata laluan yang sama dengan kata laluan diruangan “create password” untuk tujuan pengesahan password anda.
    • Birthday : Masukkan tarikh lahir anda diruangan month, day dan year. Gunakan tarikh lahir yang betul kerana ianya mungkin akan ditanya pada masa akan datang sebagai tujuan keselamatan.
    • Gender : Masukkan jantina anda.
    • Mobile Phone : Masukkan nombor handphone anda dan pilih kod negara. Kod negara bagi Malaysia ialah 60 manakala Indonesia ialah 62. Google akan menghantar mesej ke handphone anda sebagai tanda pengesahan. Jadi masukkan nombor handphone yang sah.
    • Your current email addres : Masukkan email yang lain sekiranya anda mempunyai banyak email
    • Prove you’re not robot. Boleh pilih untuk tick ataupun tidak. Sekiranya anda tick bermakna anda telah skip proses verification. Jadi berkemungkinan google akan buat pengesahan melalui handphone anda. Sekiranya anda tidak tick, masukkan kod yang terpapar dalam gambar diruangan “Type the text”.
    • Location : Pilih negara anda
    • Tick i agree to the Google Terms of Service and Privacy Policy.
  5. Klik Next step. Anda akan di bawa ke halaman Set up your profile sebagaiman di bawah.
  6. public profile gmail

  7. Klik Add a photo” untuk memasukkan gambar anda dan setelah selesai upload gambar, klik pula create a profile. Anda akan dibawa ke halaman yang tertulis “Welcome, “First name anda”. Gambar di bawah adalah contoh daripada akaun gmail gratis saya tertulis “Welcome, Kang”.
  8. welcome gmail

  9. Akaun gmail anda sudah boleh digunakan. Untuk menggunakannya terus klik “Continue to Gmail”.
  10. Selasai

Sekian sahaja perkongsian daripada saya tentang cara membuat akaun email di gmail secara gratis(percuma).

Jangan Lupa, Baca Ini Juga

Apa itu Blog?

Comments are closed