Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Contoh soalan peperiksaan pengetahuan am Penolong Pegawai Penerangan Gred S27. Sepertimana yang kita ketahui bahawa forat exam online Penolong Pegawai Penerangan pada tahun 2015 sedikit berbeza daripada tahun sebelumnya. Kalau tahun sebelumnya peperiksaan S27 hanya melibatkan dua seksyen sahaja iaitu seksyen a(pengetahuan am) dan seksyen b(daya menyelesaikan masalah).

Akan tetapi pada tahun 2015 format peperiksaan online gred S27 dibahagikan kepada tiga seksyen yang berlainan. Antara seksyen-seksyen berikut ialah:

  1. Seksyen A – Pengetahuan AM
  2. Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah
  3. Seksyen C – Ujian psikometrik(ujian personaliti diri)

Saya tidak akan bahaskan tentang seksyen-seksyen terbabit, kerana ianya akan dibincangkan satu persatu nanti. Tetapi saya cadangkan anda baca artikel contoh soalan peperiksaan online Penolong Pegawai Penerangan S27 untuk lebih pemahaman mengenai info jawatan ini.

Kali ini saya ingin berkongsi maklumat tentang contoh soalan pengetahuan am peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27. Mungkin di artikel yang saya akan kongsikan secara khusus mengenai soalan peperiksaan dalam seksyen daya menyelesaikan masalah dan juga soalan di seksyen ujian psikometrik.

Ada beberapa maklumat yang perlu calon ketahui sebelum menjawab soalan peperiksaan pengetahuan am. Skop soalan peperiksaan seksyen amat luas sekali. Ianya memerlukan pengetahuan yang menyeluruh calon terhadap isu-isu semasa yang berlaku di dalam negeri dan luar negara. Calon dinasihatkan supaya mengikuti perkembangan semasa dan isu terkini.

Tetapi jangan terlalu bimbang kerana soalan peperiksaan yang akan ditanya nanti adalah berkisarkan dengan jawatan calon sebagai Penolong Pegawai Penerangan Gred S27.

Ada beberapa isu dan perkara penting yang perlu calon beri perhatian. Antaranya ialah:

  1. Pentadbiran negeri dan juga Malaysia
  2. Perkembangan sosio ekonomi
  3. Isu semasa terkini contoh GST
  4. dasar ekonomi negara seperti perbankan dan kewangan
  5. Teknologi maklumat
  6. Hubungan luar negara

Contoh Soalan Peperiksaan Pengetahuan AM Penolong Pegawai Penerangan S27

Antara beberapa contoh soalan pengetahuan am yang boleh dijadikan gambaran kepada calon. Walaubagaimanapun ianya bukanlah soalan sebenar ataupun soalan bocor tetapi hanyalah sebagai rujukan sahaja. Segala contoh soalan yang disediakan bukanlah nasihat profesional tetapi hanya dibuat berdasarkan pengalaman kami berdasarkan peperiksaan yang lalu.
Soalan 1#Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah merupakan satu persetujuan mengenai
A. Penubuhan ASEAN
B. Penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN
C. Pakatan ketenteraan diantara negara-negara ASEAN
D. Penubuhan kawasan aman,bebas dan berkecuali di Asia Tenggara.

Soalan 2#Teras modal insan negara diperkenalkan dalam?
A Rancangan Malaysia Kelima
B Rancangan Malaysia Keenam
C Rancangan Malaysia Ketujuh
D Rancangan Malaysia Kesembilan

Soalan 3#Apakah laman web rasmi Jabatan Penerangan Malaysia?
A. www.kpkk.gov.my
B. www.penerangan.gov.my
C. www.1malaysia.gov.my
D. www.mygovernment.gov.my

Jika anda inginkan lebih banyak contoh soalan peperiksaan bagi jawatan penolong Pegawai Penerangan, anda boleh mendapatkannya melalui butang tempahan mulai sekarang. Jualan dibuka mulai 11 April hingga 14 April 2015. Dapatkan dengan meng KLIK butang tempahan di bawah.


tempahan s27

Walaubagaimanapun kami akan maklumkan juga melalui email. Sekiranya anda masih belum mendaftar bersama kami, masih ada masa lagi untuk melakukan pendaftaran melalui kotak pendaftaran yang disediakan di bawah.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Bukan blogger baru, tapi bukan juga pakar SEO. Nama sebenar ialah Saimi Ramlan yang hanya seorang yang suka mempelajari hal-hal berkaitan internet seperti SEO, wordpres dan bisnis online.

0 Shares
Share
+1
Tweet
Pin