Contest Review Lynk.my 2015

Contest review lynk.my 2015 – UPDATED. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Apakah Itu Shrink/Shortener URL?

Shrink URL ataupun shortener URL merupakan salah satu tool yang digunakan untuk memendekkan URL yang panjang. URL ialah singkatan daripada Uniform Resource Locator.

Laman-laman yang bersaiz mega seperti facebook(fb.me), google(goo.gl) dan twitter(t.co) menggunakan aplikasi shorten URL untuk memudahkan pembaca mengingati dan menulis semula link yang mereka terbitkan.

Pada masa kini semakin banyak tool untuk pendekkan url ini disediakan oleh penyedia-penyedia servis secara percuma bahkan jika betul caranya anda mampu buat duit secara online apabila menggunakan servis tersebut.

Apakah Itu Lynk.my?

lynk.my review contest

Lynk.my merupakan salah satu tool shorten url terbaik 2015 yang berfungsi untuk memendekkan url blog ataupun link anda yang panjang menjadi pendek. Sebagai contoh url https://www.blogginspired.com/contest-review-lynk-my-2015.html dipendekkan menjadi http://lynk.my/l4v. Jika anda KLIK kedua-dua url tersebut ianya tetap dari link yang sama.

Jom tonton video berdurasi 4: dan lihat bagaimana mudahnya saya memendekkan url menggunakan Lynk.my

Apakah Kelebihan Menggunakan Lynk.my?

Terdapat enam kelebihan jika menggunakan lynk.my untuk pendekkan url anda. Salah satu daripada enam kelebihan yang akan saya senaraikan di bawah nanti ialah menjana incone secara online(buat duit online). Antara kelebihan-kelebihan berikut ialah:

  1. Kos hanya RM10 sahaja dikenakan kepada pengiklan(advertiser) dan terus boleh beriklan tanpa had dan tanpa komitmen bulanan.
  2. Disediakan oleh orang Malaysia untuk penggunaan orang-orang Malaysia.
  3. Penggunaan “smart filtering” mampu mengekang ataupun menghalang bot-bot, robot-robot jahat , web spider dan seumpamanya daripada menganggu aliran traffic dan singgah di url lynk.my anda.
  4. Memberikan sumber pendapatan online secara sampingan kepada publisher(Penulis blog ataupun pembaca) jika melakukan melakukan perkongsian url yang telah dipendekkan menjadi link lynk.my. Anda akan dibayar.
  5. Pembayaran komisen adalah menggunakan online banking. Jadi anda tidak perlu mempunyai akaun paypal untuk menerima komisen dari mereka. Pembayaran secara online diterima oleh semua bank di Malaysia.
  6. Pengguna yang melakukan pendaftaran akan dapat melihat statistik, graf dan lokasi pengunjung untuk setiap shrink url yang dicipta. Jadi memang mudah untuk memantau. Untuk blogger amat sesuai sekali digunakan kerana ianya boleh digunakan bersama google analytic.

Semua kelebihan itu boleh anda kecapi. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mendaftar dengan Lynk.my sebelum menggunakan layanan mereka.

Itulah antara serba sedikit penerangan mengenai apa itu Lynk dan kelebihan-kelebihannya. Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa saya menulis artikel sebegini. Sebenarnya ini merupakan contest review lynk.my 2015.

Apa Itu contest review lynk.my 2015

contest review lynk.my 2015
Contest Review Lynk.my 2015 merupakan pertandingan yang menawarkan hadiah paling lumayan iaitu RM4000 pada tahun 2015. Ianya terbuka kepada semua blogger warganegara Malaysia sahaja.

Contest ini berlangsung selama dua bulan bermula pada 27 Oktober 2015 dan tamat pada 27 Disember 2015.

Walaubagaimanapun pertandingan ini berhak dilanjutkan oleh penganjur jika perlu.
[su_note]50 penyertaan terawal layak menerima Gajet Khas daripada ikedaikami.com[/su_note]
giveaway contest review

Kategori Contest Review Lynk.my 2015

Contest ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:

  1. Kategori Top SEO. Pengadilan akan dilakukan menggunakan browser google chrome(incognito mode) dengan url “https://www.google.com.my/search?q=contest+review+lynk.my+2015“. Pemenang akan dikira berdasarkan kedudukan tertinggi di carian tersebut.
  2. Kategori Top lynkUNDI. Pemenang akan dikira berdasarkan undian terbanyak pada CONTEST ID yang akan dikeluarkan oleh penganjur pada hari penentuan pemenang. Jumlah undi hanya dikira berdasarkan REFERRAL daripada blog peserta pertandingan sahaja.Referral daripada bukan peserta tidak akan dikira.
    Taip dan klik url http://lynk.my/l4v sebagai tanda anda mengundi untuk saya memenangi sehingga RM4000 daripada lynk
  3. Kategori Top Creative. Pemenang kategori ini akan ditentukan oleh HEXA COOPERATION SDN BHD(pihak pengurusan lynk.my). Contest Review yang menarik dan berkualiti di mata juri dan pembaca mempunyai kelebihan untuk menjadi pemenang.

Hadiah Kepada Pemenang Pertandingan

Ini merupakan bahagian yang paling best untuk dibaca. Hadiah yang ditawarkan oleh penganjur teramatlah lumayan. Keseluruhan hadiah adalah RM4000. Hadiah-hadiah tersebut diasingkan mengikut kategori. Mana tahu mungkin anda terpilih untuk memenangi ketiga-tiga kategori tersebut. Tuah ayam nampak di kaki, tuah anda siapa yang tahu.

TOP lynkUNDI

  • Tempat Pertama – RM500
  • Tempat Kedua – RM300
  • Tempat Ketiga – RM100

TOP SEO

  • Tempat Pertama – RM500
  • Tempat Kedua – RM300
  • Tempat Ketiga – RM100

TOP CREATIVE

  • Tempat Pertama – RM1000
  • Tempat Kedua – RM500
  • Tempat Ketiga – RM200

Cara Menghantar Penyertaan contest review Lynk.my 2015

cara hantar penyertaan contest review
*Klik 2x untuk paparan lebih jelas.
[su_note]Maklumat lanjut mengenai contest review Lynk.my 2015, taip dan klik http://lynk.my/3QE[/su_note]

Rate this post

Bukan blogger baru, tapi bukan juga pakar SEO. Nama sebenar ialah Saimi Ramlan yang hanya seorang yang suka mempelajari hal-hal berkaitan internet seperti SEO, wordpres dan bisnis online.

50 comments On Contest Review Lynk.my 2015

Comments are closed.