Archive

Category Archives for "SEO"

Cara Submit Sitemap Blog Ke Google Search Console

Apabila kita membuat website, satu perkara paling penting yang perlu diketahui ialah bagaimana untuk menyenaraikan website kita di enjin carian seperti google.

Ramai juga yang bertanya kepada saya, bagaimana untuk menampakkan website ataupun blog mereka di enjin carian google. Adakah perlu membuat bayaran kepada google ataupun enjin carian yang lain?

Tidak perlu membayar sebenarnya. Anda hanya perlu submit sitemap blog ke google webmaster tool. Dengan itu anda boleh munculkan website anda secara percuma di enjin carian. Apa yang penting ialah perlu mengetahui bagaimana enjin carian bekerja.
Continue reading

Social Media Sharing Meningkatkan Rangking Blog Di Enjin Carian?

Antara pertanyaan SEO yang saya terima ialah “apakah melakukan sharing ke social media network seperti facebook dan twitter mampu meningkatkan ranking artikel blog di enjin carian?”

Jawapan ringkas daripada saya ialah TIDAK.

Nak tahu kenapa? Anda lihat dulu pernyataan rasmi menerusi video dari Matt Cutts. Video tersebut telah diterbitkan pada tahun 2014.

Kesimpulan dari pernyataan tersebut ialah kebanyakan data yang diperolehi seperti like, share, tweet, vote dan seumpamanya mudah dimanipulasi. Tambahan pula google tidak mempunyai alat ataupun tool untuk mengukur signal yang berupa like, share dan seumpamanya. Data ataupun angka yang amat mudah dimanipulasi ini sekiranya dikira oleh google akan merosakkan apakah yang dikatakan konten yang berkualiti. Lagipun link di social media bersifat “nofollow”.

Tetapi kenapa ada yang mengatakan sharing ke social media merupakan salah satu faktor SEO.

Kerana pada kebiasaannya mengikut pengamatan saya yang begitu cetek ini, mana-mana artikel yang berjaya berada di halaman teratas enjin carian akan mendapat banyak social signal seperti “share” dan “like”. Jadi mungkin fenomena ini menyebabkan social signal dikatakan telah mempengaruhi SEO.

Walhal kenaikan perangkingan bukan kerana social sharing. Akan tetapi social sharing jadi bertambah disebabkan artikelnya berada di kedudukan yang baik di SERP.

jadi, adakah perbuatan yang sia-sia jika melakukan sharing ke social media?

TIDAK!!

Perlu ketahui social media merupakan tempat terbaik bagi sesebuah website ataupun blog untuk mencari pengunjung atau dengan kata merupakan satu medan yang bagus untuk mempromosikan blog dengan cepat. Jumlah pengunjung yang semakin ramai hasil daripada “like”, “share” dan “tweet” akhirnya akan mampu meningkatkan ranking blog di google. Tetapi peningkatan rangking bukan kerana social share tetapi kerana kedatangan pembaca. Ini kerana google menyukai blog ataupun website yang mempunyai ramai pembaca. Apabila google suka maka meningkatlah blog di enjin carian.

Penutupnya, Social sharing dari pembaca di blog akan mampu mendatangkan pengunjung yang bertali arus dan bukannya sharing yang dilakukan oleh pemilik blog sendiri.

Satu pertanyaan, kebanyakan sekarang ini ramai yang sharing artikel di facebook group yang dibina oleh blogger. Senang cerita ramai pakat-pakat ping artikel kat situ. So, kalau semuanya sibuk ping jadi siapa yang akan membaca artikel anda. Lebih-lebih lagi ping artikel pasal affiliate seperti “Cara Menjahit Baju”

Backlink Dari Forum : Berkualiti Atau Spam?

Mendapatkan backlink dari forum terutamanya yang dofollow dan High PR menjadi idaman bagi pengamal-pengamal SEO. Akan tetapi ramai juga kawan-kawan yang bertanyakan kepada saya kenapa kedudukan blog dan artikel di blog mereka tetap merosot di SERP walaupun melakukan link building di forum. Walhal forum yang digunakan untuk membuat backlink berstatus PR7. Keadaan ini menyebabkan ramai yang sudah malas dan menjadi kurang aktif lagi di forum tersebut.

Continue reading

Cara Membuat Artikel Menarik Untuk Blog Disukai Google

Siapa yang tidak ingin artikel blog berada di muka surat pertama google?

Baca cara membuat artikel menarik untuk blog yang disukai google di bawah ini.

Saya merupakan salah seorang yang mempunyai keinginan supaya setiap artikel yang ditulis berada di page one google berdasarkan kata kunci yang sangat popular tanpa perlu mengoptimumkan SEO off page.

Continue reading