Cara Submit Sitemap Blog Ke Google Search Console

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Apabila kita membuat website, satu perkara paling penting yang perlu diketahui ialah bagaimana untuk menyenaraikan website kita di enjin carian seperti google.

Ramai juga yang bertanya kepada saya, bagaimana untuk menampakkan website ataupun blog mereka di enjin carian google. Adakah perlu membuat bayaran kepada google ataupun enjin carian yang lain?

Tidak perlu membayar sebenarnya. Anda boleh munculkan website anda secara percuma di enjin carian. Apa yang penting ialah perlu mengetahui bagaimana enjin carian bekerja.

Google Search Console(Dahulunya dikenali sebagai Google Webmaster Tools) merupakan peralatan SEO percuma yang membolehkan pemilik blog mengawal website mereka di enjin carian.

Cuma perkara pertama yang perlu difahami ialah apa itu sitemap dan kenapa submit blog ke google search console itu penting.

Apa itu sitemap?

Sitemap merupakan fail XML yang mengandungi URL yang ada di dalam blog anda. Fail tersebut membantu crawler untuk mencari semua URL blog. Banyak aspek di dalam website kita yang akan dilihat oleh crawler, seperti saiz sitemap dan juga jumlah URL di dalam sitemap.

Anda boleh baca Artikel WIKI tentang sitemap secara lebih teknikal dan detail.

Senang cerita, Fail sitemap mengandungi semua URL blog dan kita submit fail tersebut ke enjin carian supaya crawler tahu semua laman di dalam blog anda. Crawler akan mengikuti fail sitemap untuk melakukan crawl dan seterusnya mengindeks website anda.

Untuk website yang bias, kita boleh menggunakan online sitemap generator untuk membuat sitemap fail dan submit ke webmaster tools samada google ataupun bing. Akan tetapi bagi blog wordpress, kita boleh menggunakan plugin yang akan melakukan kemaskini fail sitemap secara automatik apabila kita menerbitkan artikel baru.

Tempat yang paling bagus untuk meletak link sitemap ialah di footer website supaya proses crawl menjadi lebih efektif.

Sekian sahaja mengenai apa itu sitemap. Seterusnya bagaimana untuk membuat sitemap untuk website yang menggunakan platform wordpress.

Bagaimana membuat sitemap untuk website wordpress?

Cara membuat sitemap adalah berbeza bergantung kepada platform yang digunakan pada sesebuah website. Sebagai contoh sitemap blog wordpress boleh dijana menggunakan plugin SEO yang popular seperti Yoast SEO dan All In One SEO Pack.

Jika menggunakan platform yang lain, anda boleh menggunakan online tool ataupun pelbagai software offline yang lain untuk menjana sitemap. Artikel ini akan membantu anda bagaimana untuk generate sitemap dan juga belajar cara submit sitemap ke google.

Submit sitemap ke Google Search Console

Untuk submit sitemap ke google, kita menggunakan Search Console Tool. Panduan Blogger beranggapan anda telah melakukan “verified” site ke google search console dan telah logged in ke dalam webmaster tool dashboard di sini dan telah mempunyai sitemap url. Jika anda menggunakan offline tool untuk membuat sitemap, uploadkan fail tersebut ke root site anda seperti /sitemap.xml.

Di dalam dashboard Google Webmaster Tool, disebelah kanan atau bawah akan kelihatan feature yang dipanggil “Sitemaps”. Klik “>>” untuk melihat sitemap yang telah disubmit atau anda boleh submit sitemap baru dari sana.

submit sitemap ke google

Klik “Add/Test Sitemap” untuk submit sitemap blog anda. Di dalam page tersebut anda juga boleh melihat fail sitemap yang telah disubmit oleh anda sebelum ini.

add sitemap blog

Terpulang kepada jenis sitemap yang digunakan, anda boleh submit dari sini. Jika site anda mempunyai banyak gambar, maka anda create lah sitemap gambar.

Jika blog anda masih baru, anda perlukan sedikit masa untuk melihat indeks status setelah submit sitemap. Didalam laman sitemap yang sama, anda juga boleh melihat berapa banyak url yang telah disubmit dan berapa banyak link yang telah diindex oleh google.

Anda dah submit sitemap ke google search console atau belum?

Jika artikel ini memberi manfaat kepada anda dan orang lain, jemput-jemputlah tekan SHARE.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Bukan blogger baru, tapi bukan juga pakar SEO. Nama sebenar ialah Saimi Ramlan yang hanya seorang yang suka mempelajari hal-hal berkaitan internet seperti SEO, wordpres dan bisnis online.

4 comments On Cara Submit Sitemap Blog Ke Google Search Console

Leave a reply:

Your email address will not be published.

3 Shares
Share1
+12
Tweet
Pin