Cara Setting SSL Percuma Cloudflare Di WordPress

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Artikel cara setting SSL percuma yang disediakan oleh Cloudflare untuk pengguna wordpress ini adalah hasil daripada pengalaman saya sendiri ketika melakukan perubahan pada laman BloggInspired pada 16 April 2015. Nampaknya sekarang blog ini sudah menggunakan protokol HTTPS secara percuma. Jadi tidak perlu keluar modal, cuma perlukan sedikit penelitian semasa “setting”.

Secara umumnya untuk mendapatkan sijil SSL ataupun dalam bahasa yang lebih jelas maksudnya iaitu SSL Certificate adalah berbayar. Beberapa tahun dahulu pemasangan protokol SSL ini agak mahal tetapi pada masa sekarang banyak penyedia SSL menawarkan pakej dengan harga yang berbeza-beza. Ianya agak murah berbanding dahulu. Antara yang paling banyak digunakan ialah Comodo. Akan tetapi jika anda ingin memasang sijil SSL secara percuma, cadangan terbaik ialah menggunakan pakej yang disediakan oleh Cloudflare.

Bagaimana Cara Setting SSL Percuma Dari Cloudflare

  1. Daftar di Cloudflare.com.
  2. Masukkan nama domain ataupun blog anda sebagaimana gambarajah di bawah.Klik “add website”.
  3. cara settig ssl percuma dari cloudflare

  4. Tunggu sehingga proses tersebut selesai. Apabila telah selesai tekan “Continue Setup”. Maaf saya menggunakan hatiputera.com, kerana terlupa untuk screen shot tadi.
  5. ssl-step-2

  6. Klik I’ve added all missing records, continue
  7. step-3

  8. Pilih plan yang anda ingin. Kalau nak pakai percuma pilihlah free plan.Klik Continue
  9. step-4

  10. Ubah nameserver domain anda di DNS Provider(tempat anda membeli domain) dengan menggunakan nameserver yang diberikan oleh cloudflare. Setelah selesai, Klik Continue.
  11. step-6

  12. Jika anda melihat tanda “right” berwarna hijau berhampiran “free plan” bermakna nameserver telah berhubung dengan cloudflare. Langkah seterusnya ialah klik menu di sebelah kanan dan pilih “Cloudflare Setting“.
    step-7
  13. Pada feature SSL, pilih Flexible SSL
  14. step-8

  15. Biarkan seketika Cloudflare. cari plugin “CloudFlare Flexible SSL” dan install ke dalam wordpress. jangan lupa aktifkan.
  16. Pergi ke menu di cloudflare tadi dan Klik Page Rules. Masukkan *domainanda.com* pada ruanga add new rule dan klik “on” pada “Always use https“.
  17. step-9

  18. Selesai.

Jika di browser chrome anda terdapat segitiga berwarna kuning sebagaimana gambar di bawah.
step-10
Ini adalah disebabkan beberapa faktor yang terjadi akibat daripada external file seperti gambar, css dan js yang tidak “secure”. Umpamanya script yang berasal dari histat dan juga fail font css yang berasal dari fonts.googleapis.com. Cuba anda buat semakan terlebih dahulu menggunakan https://www.whynopadlock.com untuk menyemak status HTTPS blog anda.

Paparan “Insecure” yang bertanda pangkah akan dipaparkan. cara mengatasinya ialah:

  • Jika masalah tersebut terjadi kerana fail luar, pindahkan fail tersebut seperti gambar,CSS dan JS ke server anda sendiri.
  • Kebiasaan error terjadi disebabkan oleh fonts.googleapis.com. Anda perlu mencari dimanakah kedudukan http://fonts.googleapis.com tersebut dan ubahkannya menjadi https://fonts.googleapis.com.

Ataupun untuk cara lebih mudah anda install sahaja plugin “SSL Insecure Content Fixer”.

Selamat mencuba. Risiko tanggung sendiri yer.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Bukan blogger baru, tapi bukan juga pakar SEO. Nama sebenar ialah Saimi Ramlan yang hanya seorang yang suka mempelajari hal-hal berkaitan internet seperti SEO, wordpres dan bisnis online.

13 comments On Cara Setting SSL Percuma Cloudflare Di WordPress

  • Salam tuan Saimi,

    Terima kasih untuk tutorial yang lengkap ini.

    #1 – Bagaimanakan tuan redirect semua URL lama (http) ke URL baru (https)?
    Ada guna apa-apa plugin?

    #2 – Jika sebelum ini URL lama (cth: http://abc.com) menerima 1 backlink, adakah backlink itu kekal selepas kita berpindah ke URL baru (cth: https://abc.com)? Adakah Google melihat 2 URL ini berbeza antara satu sama lain? Atau sama?

    Harap tuan sudi menjawab. 🙂

    • Wassalam Tuan Zul. Sama-sama tuan.

      #1. Saya redirect menggunakan cloudflare page rule disamping beberapa plugin yang saya nyatakan di dalama artikel bertujuan untuk memperbetulkan fail gambar, css dan juga js. Buat masa ini saya tidak melakukan redirect menggunakan htaccess.

      #2. Pendapat saya adalah sama kerana redirect menggunakan page rule adalah seperti redirect 301 ataupun redirect 302 begitu juga dengan backlink. Walaubagaimanapun saya masih menunggu perkhabaran dari google webmaster master. Insha allah dalam dua tiga minggu lagi saya akan bagi resultnya di sini.

      Pendapat tuan pula bagaimana? 😀

      • Soalan Tuan Zul amat menarik.

        Ada suggestion di sini: cloudtec.ch/blog/web/will-switching-to-https-affect-my-seo-ranking.html

        Macam banyak kerja juga. Apa-apa pun pls update perkembanga terkini nanti. Tqvm.

  • Dari segi loading, ranking dan lain2 mohon monitor bro nak tengok sesuai ke guna?

    Sebab tengok ada keyword bro yg dah jatuh tapi maintain 1st ok lagi la tu..hehe macam bro zul cakap..

    Boleh la update di artikel lain nanti. Lagipun free plan SSL Cloudflare bukan berbayar..

    Tak berani nak tukar..haha sebab kalau blog baru nak up tak risau sangat. Ini yg dah berkarat ..

    • Free plan ssl cloudflare sama jer dengan ssl cloudflare yang berbayar. Kalau dulu ssl cloudflare kena bayar USD20 sebulan tetapi sekarang nie free cuma perbezaannya yang free tidak memerlukan certificate tetapi https enable. Tentang SERP ianya akan kembali secara perlahan-lahan. Bertukar kepada SSL bukan faktor penentu keyword jatuh di SERP tetapi ada banyak faktor lain. Lagipun blog baru nak up macam saya nie tak risau sangat keyword jatuh ke jatuh. Lainlah blog otai.

  • Thanks for the info bro. Sharing yg menarik.

    Saya dah lama fikir mahu guna Cloudflare juga. Cuma risau sbb review nya kurang baik bila melibatkan yang free plan. Ini disebabkan terlalu ramai yang guna plan ini & company ini lebih tumpukan support pada plan berbayar sahaja. Maybe SSL cert nya ok. tapi CDN pula, ramai yg complaint kerap berlaku ‘time out’. Bahagian setting >> Performance tu boleh elak guna CDN tak?

    Plus, kalau boleh lepas 3 bulan, review semula ya. Share sikit pengalaman tu. Kawe kurang masa skrg nak buat testing. Banyak commitment skrg. Blog pun dah tak terurus lagi. Harap2 akan dtg free balik..

    • Bagi saya sama sahaja performancenya menggunakan ssl free plan ataupun paid plan. Cuma yang membezakan ialah free plan tidak ada ssl certificate tetapi https enable. Bagi blog yang tidak mempunyai proses transaksi tidak berapa sesuai untuk menggunakan ssl berbayar, cukup sekadar mengenable https sahaja. Kecualilah kalau laman web tersebut seperti laman ecommerce memang perlu mempunyai ssl certificate kerana ianya melibatkan transaksi. Berkenaan dengan CDN saya hanya membiarkannya mengikut setting “default”.

      Walaubagaimanapun ianya masih lagi dalam proses review. Insha allah saya akan buat review di masa akan datang.

  • Kenapa bila buka di Chrome dapat mesej ni ” This web page has a redirect loop “,”ERR_TOO_MANY_REDIRECTS” , di Firefox ok pulak.

    • Banyak sangat fungsi redirect kat htacces. Mungkin kat firefox nampak macam ok kerana masalah cache. tak perlu redirect kat htacces file, hanya redirect kat page rule cloudflare.

  • terima kasih sudi ajar.. good info

Comments are closed.

14 Shares
Share11
+13
Tweet
Pin