Cara Membuat Artikel Menarik Untuk Blog Disukai Google

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Siapa yang tidak ingin artikel blog berada di muka surat pertama google?

Baca cara membuat artikel menarik untuk blog yang disukai google di bawah ini.

Saya merupakan salah seorang yang mempunyai keinginan supaya setiap artikel yang ditulis berada di page one google berdasarkan kata kunci yang sangat popular tanpa perlu mengoptimumkan SEO off page.


cara membuat artikel menarik untuk blog

Sepertimana yang kita semua maklum, pada masa sekarang ini faktor terpenting dalam SEO ialah konten yang berkualiti meskipun selama ini backlink yang merupakan faktor utama penentu kedudukan di enjin pencari sudah semakin hilang peranannya.

Cara membuat artikel menarik untuk blog yang disukai google

Di bawah ini saya kongsikan 10 perkara yang perlu kita lakukan untuk membuat blog kita lebih disukai oleh google ataupun dengan perkataan yang lebih popular iaitu SEO friendly. Apabila artikel kita disukai oleh google maka sudah tentu ia akan membantu kenaikan kedudukan di SERP.

1. Kata kunci pada tajuk artikel

Perletakan keyword ataupun kata kunci pada tajuk artikel merupakan perkara paling asas dan kebanyakan rakan blogger telah mengetahuinya. Jika boleh, cuba letakkan kata kunci di bahagian hadapan sekali pada tajuk.

2. Kata kunci pada URL

Ini merupakan salah satu perkara yang penting juga dengan meletakkan kata kunci di dalam url. Tetapi ini tidak perlu dirisaukan kerana url untuk artikel telah dilakukan secara automatik berdasarkan tajuk artikel.

3. Keyword dalam meta description

Walaupun mungkin ramai yang beranggapan meletakkan kata kunci di dalam meta description sudah tidak penting lagi kerana google kekadang mengubahnya untuk user experience, tetapi saya akan cuba letakkan keyword dalam meta description. Memang benar google mengubahnya kerana sang crawler hanya menonjolkan description yang betul-betul relevan dengan keseluruhan artikel tersebut. Jadi cuba jadikan meta description yang kita lakukan relevan dengan topik yang kita bincangkan. Perlu anda ketahui kedudukan kata kunci di dalam meta description mampu meningkatkan CTR blog di enjin carian.

4. Kata kunci berada dalam 100 patah perkataan yang pertama di dalam artikel

Pada pendapat saya jumlah kata kunci ataupun keyword density bukan faktor SEO terpenting pada masa sekarang ini. Cukup sekadar berada bahagian permulaan artikel, pertengahan dan juga pada bahagian akhir sebuah artikel. Cuma saya titik beratkan kata kunci harus berada diantara 100 patah perkataan yang terawal di dalam artikel tersebut. Kalau boleh letak di depan sekali.

5. Buatlah artikel yang lebih panjang

Apakah artikel yang lebih panjang itu lebih bagus kedudukannya di SERP? Jawapannya tidak semestinya kerana konten blog yang panjang bukan penentu di SERP. Akan tetapi adakah dengan membuat artikel yang pendek itu mampu menjelaskan segala maklumat yang detail sepertimana diperlukan oleh pembaca. Sudah tentu tidak bukan. Jadi buatlah artikel sehingga 500 hingga 2000 patah perkataan. Sudah tentu google amat menyukai artikel yang diulas secara terperinci dengan panjang lebar.

6. Meletakkan gambar yang relevan dengan tajuk

Cuba biasakan diri ketika membuat artikel hendaklah memasukkan gambar yang relevan dengan tajuk. Bagi saya satu gambar sudah memadai, tetapi jangan lupa untuk mengoptimumkan SEO pada gambar tersebut dengan memasukkan kata kunci yang relevan pada ALT.

7. Letak video yang mempunyai hubungan

Bukan satu keperluan, akan tetapi mungkin akan menjadikan satu markah tambahan jika meletakkan video yang relevan dengan artikel yang diperbincangkan.

8. Membuat table of content di dalam artikel

Jika artikel anda banyak mempunyai sub judul ataupun sub heading, cubalah untuk meletakkan jadual tentang isi kandungan ataupun table of content(TOC). Kalau agak rumit untuk membuatnya, boleh gunakan plugin.

9. Internal link

Menghubungkan antara satu link ke link relevan lain di dalam blog yang sama merupakan teknik SEO yang cukup berkuasa pada masa sekarang ini. Sang crawler amat menyukai blog yang mempunyai link yang berhubungan secara relevan diantara satu sama lain begitu juga pembaca. Secara tidak langsung robot enjin pencari dan pembaca akan menjelajahi keseluruhan isi kandungan blog kita nanti.

10. Link keluar ataupun external link

Ada yang takut untuk memasang link keluar kerana bimbang akan mengurangkan kualiti sesebuah artikel seterusnya menurunkan kedudukan artikel di SERP. Pendapat ini tidak tepat sama sekali. Sebenarnya meletakkan external link memberikan kebaikan kepada artikel ataupun blog kita, dengan syarat…

  • Link yang keluar haruslah relevan dengan artikel kita
  • link tersebut mestilah bersifat nofollow
  • Tidak menggunakan keyword yang anda target sebagai anchor text
  • Link keluar ke blog ataupun laman yang berautoriti.Contohnya: wikipedia

Artikel disukai pembaca

Itulah antara 10 perkara yang telah saya kongsikan tentang cara membuat artikel yang menarik untuk blog yang disukai google. Memang benar membuat artikel yang menarik dan disukai google itu bagus tetapi paling penting artikel kita disukai oleh pembaca.

Kesimpulannya walaupun kita menerapkan kesemua 10 untuk menjadikan artikel menarik untuk blog disukai google ingin saya nyatakan ianya tidak akan menjamin artikel anda berada dikedudukan teratas di enjin carian. Ini kerana bagi saya masih banyak lagi faktor SEO yang perlu difahami.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Bukan blogger baru, tapi bukan juga pakar SEO. Nama sebenar ialah Saimi Ramlan yang hanya seorang yang suka mempelajari hal-hal berkaitan internet seperti SEO, wordpres dan bisnis online.

14 comments On Cara Membuat Artikel Menarik Untuk Blog Disukai Google

Comments are closed.

28 Shares
Share19
+19
Tweet
Pin