Vps Murah dari DigitalOcean merupakan antara salah satu vps cloud yang sangat murah untuk dimiliki jika dibandingkan dengan cloud vps yang ada dipasaran pada masa kini.

Dengan bermodalkan USD5 sebulan, kita sudah mampu memiliki cloud vps yang begitu hebat.

Bagi mereka yang menggunakan shared hosting dan kadangkala di suspend oleh pihak hosting kerana masalah bandwith exceed limit dek kerana pengunjung yang ramai pada satu-satu masa, maka cloud vps murah ini memang amat sesuai untuk blog anda. Tidak perlu menggunakan RAM yang besar. 512MB Ram sudah mencukupi untuk menjadikan blog wordpress anda begitu hebat dan optimal. Jadi tidak menjadi kesalahan sekiranya anda mencuba pula vps cloud daripada DigitalOcean ini.

Baca juga : Bagaimana nak buat blog
Baca juga : Cara Setting SSL Percuma Di WordPress
Baca juga : SSL Murah Hanya USD5 Setahun

Pada masa sekarang, Vps murah dari DigitalOcean mempunyai banyak lokasi seperti New York, Amsterdam, San Francisco, Singapore, London dan Frankfurt. Berkemungkinan akan ditambahkan lagi lokasi vpsnya di masa-masa akan datang.

Apa yang menariknya mengenai DO ini ialah mereka mempunyai satu komuniti yang kuat dan cukup lengkap buat mereka yang ingin mendapatkan tutorial ataupun panduan lengkap bagaimana untuk menginstall software dan juga untuk membangun wordpress host. Komuniti tersebut dipanggil DigitalOcean Help Comunity.

Video ringkas mengenai DigitalOcean

Bagaimana Cara Membeli VPS murah Cloud DigitalOcean

Ikut sahaja langkah-langkah yang saya buat dibawah ini. Langkah-langkah adalah berdasarkan pengalaman sendiri ketika membeli VPS murah dari DigitalOcean yang hanya berharga USD5 sebulan.

Sebenarnya tidak perlu terlalu lama menunggu untuk membangunkan VPS DigitalOcean, dengan hanya 55 saat sahaja anda sudah dapat menggunakan cloud vps murah ini.

Daftar DigitalOcean di sini
Saya akan menerima komisen jika anda mendaftar melalui link di atas, tetapi jika anda tidak mahu memberi saya komisen boleh juga daftar melalui link di bawah ini.

klik di sini.

Langkah Pertama Sebelum Mendapatkan VPS Murah, Depositkan pembayaran terlebih dahulu

Cara pembayaran di DigitalOcean memang agak berbeza dengan hosting provider yang lain. Jika anda menggunakan hosting provider yang lain, setelah pembayaran dibuat akaun berkaitan hosting anda akan terus dihantar melalui email tetapi tidak melalui DO. Anda perlu melakukan depositkan pembayaran terlebih dahulu dan selepas itu anda boleh membuat VPS yang murah DigitalOcean dalam masa 55 saat sahaja.

cara membeli vps cloud murah digitalocean

Ruangan pendaftaran di homepage DigitalOcean

Selain mendaftar melalui ruangan pendaftaran seperti gambar diatas, anda boleh juga melakukan pendaftaran di http://www.digitalocean.com/registrations/new. Sila semak email anda selepas melakukan pendaftaran.

Login akaun DigitalOcean di http://www.digitalocean.com/login.

setelah berjaya login, kita terus sahaja pergi ke menu droplets dan klik get started.(Maaf saya terlupa nak screen shot proses ini). Ada dua pilihan menu pembayaran samada menggunakan Debit/Master Card ataupun pembayaran melalui paypal. Anda boleh buat pilihan. Saya memilih paypal. Deposit yang saya lakukan adalah sebanyak USD10. Sebenarnya tidak kisah jikalau ingin mendeposit dengan banyak tetapi cadangan saya USD10 sudah mencukupi untuk droplets ini.

getting-start-do

Klik “Pay Now”. Selepas beberapa ketika anda akan dibawa ke halaman Droplets Billing DigitalOcean. Ruangan tersebut akan menyatakan jumlah “balance & usage” akaun anda. Jika anda deposit USD10, maka akan terpapar $10.00. Jadi sekarang anda telah mempunyai deposit sebanyak USD 10 di DigitalOcean.

Langkah Kedua, Mula Membina VPS Cloud DigitalOcean

Setelah berjaya mendepositkan USD 10 ke akaun droplets kita, seterusnya kita akan membangunkan sebuah VPS yang bersaiz 512MB Ram di DigitalOcean. Masa yang diambil hanyalah 55 saat sahaja. Setelah itu kita sudah boleh menggunakannya.

Masuk ke “menu droplets” dan pilih “Create Droplets”.
hostname-droplets

Masukkan hostname. Sebagai contoh, saya menggunakan namadomain saya sendiri seperti blogginspired.com. Maka hostname saya nanti akan menjadi dari subdomain dari domain tersebut.

Contoh hostname saya nanti ialah: saimi.blogginspired.com

langkah seterusnya ialah memilih resource. Resource 512MB cukup murah hanyalah USD5 sudah mencukupi untuk sebuah blog wordpress. Jadi jangan terlalu berkeinginan untuk memilih resource yang besar. Mulakan dengan resource yang kecil terlebih dahulu. Daripada pengalaman jumlah pengunjung diantara 1000 hingga 4000 sehari pun tidak menggunakan resource 512MB secara maksimum.

lokasi-server-digital-ocean

Langkah seterusnya ialah memilih lokasi server. Jika target pengunjung ke blog kita dari negara Asia seperti Malaysia dan Indonesia, maka sebaiknya memilih region Singapore. Akan tetapi sekiranya kita targetkan pengunjung daripada negara eropah dan amerika, maka pilihlah region New York ataupun Amsterdam.

os-debian-70

Setelah siap membuat pemilihan resource dan juga region, langkah seterusnya ialah memilih operasi sistem yang akan diinstall pada VPS murah kita nanti. Saya pada masa ini memang suka menggunakan OS Debian 7 32 bit. Kenapa dan mengapa kemungkinan akan saya kongsikan di artikel akan datang.

Langkah terakhir ialah Klik “Create Droplets”. Droplets anda akan dibuat adalam masa kurang dari satu minit. Tunggu paparan “We are now creating your droplet” selesai.

55 saat selesai.

Langkah Ketiga, VPS Sudah Aktif, Akses VPS Melalui Putty

Setelah selesai melakukan proses di atas, maka VPS Cloud Murah DigitalOcean sudah siap. DigitalOcean akan menghantar email yang mempunyai password root. Simpan data tersebut dengan selamat. Email yang akan dihantar lebih kurang sebagaimana berikut:

Your first Droplet is all set to go! You can access it using the following credentials:

Droplet Name : xxxxx.xxxxxxxx.com
IP/Hostname: 45.55.xxx.xxx
Username: root
Password: xxxxxxxxx

For security reasons, you will be required to change this Droplet’s root password when you login. You should choose a strong password that will be easy for you to remember, but hard for a computer to guess. You might try creating an alpha-numerical phrase from a memorable sentence (e.g. “I won my first spelling bee at age 7,” might become “Iwm#1sbaa7”). Random strings of common words, such as “Mousetrap Sandwich Hospital Anecdote,” tend to work well, too.

As an added security measure, we also strongly recommend adding an SSH key to your account. You can do that here: https://cloud.digitalocean.com/ssh_keys

Once added, you can select your SSH key and use it when creating future Droplets. This eliminates the need for root passwords altogether, and makes your Droplets much less vulnerable to attack.

Happy Coding,
Team DigitalOcean

Jadi jangan lupa catit ip address, username dan juga password.

Seterusnya ialah untuk mengakses VPS, kita menggunakan PUTTY. Download PUTTY dan installkan pada PC anda.

putty

  1. Masukkan IP Address yang diterima melalui email daripada DigitalOcean di ruangan Host Name(or IP Address). Pilih port 22 dan connection SSH.
  2. Untuk memudahkan penggunaan di masa akan datang, save kan dulu sesi tersebut dan namakannya sebagai Digital Ocean. Untuk save klik butang “save”.
  3. Untuk menggunakannya di masa akan datang, pilih sahaja season tersebut dan klik “load”
  4. Klik “open” untuk membuka terminal. Jika ada popup keluar untuk memberitahu key, tekan “YES”.

Masuk sebagai root dan password yang dihantar melalui email.Kalau nak mudah copy sahaja password dari email dan klik kanan untuk paste di terminal.

Untuk menukar password, tuliskan command sebagaimana berikut. Akan tetapi simpan password root baik-baik.

passwd root

tekan enter, kita akan diminta memasukkan password baru.

Siap,,,

Jadi sekarang kita sudahpun mempunyai VPS murah DigitalOcean dengan harga yang sangat berpatutan. Anda boleh lakukan apa saja dengan VPS ini seperti private blog network dan sebagainya. Sekian sahaja untuk kali ini, insha allah nantikan perkongsian pengalaman saya membuat blog wordpress menggunakan server sendiri yang Murah di DigitalOcean.

Daftar DigitalOcean di sini
Saya akan menerima komisen jika anda mendaftar melalui link di atas, tetapi jika anda tidak mahu memberi saya komisen boleh juga daftar melalui link di bawah ini.

klik di sini.