Buat Duit Dengan Blog

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Cara buat duit dengan blog,nampak macam best tetapi susah kalau tak betul-betul..

Dahulu semasa awal pembabitan saya dalam dunia blogging, saya sering ditanyakan apakah pekerjaan seorang blogger?

Jawapan yang saya berikan mudah dan ringkas sahaja, blogger menulis maklumat yang lengkap tanpa memerlukan bayaran.

Nampak macam membazir dan kurang pekerjaan kan..

Menjadi blogger memang hebat kan, sebab sanggup menulis maklumat tanpa dibayar.

Dewasa ini jika seseorang mencari maklumat di internet, boleh dikatakan 95% maklumat yang dicari akan dijumpai di blog. Ini bermakna blog merupakan sumber untuk mendapatkan maklumat secara online yang terbaik.

Blogger yang menulis maklumat di internet bukanlah seorang penganggur, tetapi mereka menulis kerana blog menghasilkan duit hingga puluhan ribu sebulan.

Kali ini Panduan Blogging ingin berkongsikan satu rahsia bagaimana cara buat duit dengan blog. Seterusnya menjadikan blog anda satu perniagaan online yang menguntungkan.

Bahagian 1 cara buat duit dengan blog – Perkara penting yang PERLU diketahui

Sebelum saya berkongsi cara buat duit dengan blog yang mampu menghasilkan puluhan ribu sebulan, apa kata saya ceritakan dahulu bagaimana membina blog yang mampu menghasilkan ribuan malahan puluhan ribuan sebulan.

Pertama sekali saya ingin beritahu anda,,

90% apa yang anda baca di forum-forum dan juga blog bernichekan internet marketing adalah bual kosong semata-mata.

Serius.

Blogger-blogger yang sudah sukses tidak akan melakukan apa yang diajarkan di forum-forum dan blog.

Jadi kalau anda lakukan yang 90% itu hanyalah satu pembaziran dan membuang waktu.

Baik anda baca yang 10% lagi di bawah ini.

Terdapat 8 fakta yang perlu anda ketahui:

#1 Blogging bukan cara yang mudah untuk mendapatkan duit

Ya..memang betul. Serius.

Untuk mendapatkan hasil melalui blogging, bukanlah dalam jangka masa yang singkat. Memerlukan kesabaran yang luar biasa.

cara buat duit dengan blog

Mereka yang telah berjaya dalam blogging merupakan mereka yang meminati dunia ini. Pada mulanya mereka melakukannya bukan kerana duit.

Seorang blogger mesti ada konsistensi.

Serius saya cakap, anda tidak akan dapat apa-apa pada hari pertama anda menceburi dunia blogging.

Paling cepat selepas enam bulan, itupun kalau anda konsisten barulah boleh berangan-angan untuk merasa hasilnya.

Jadi dalam masa enam bulan, anda haruslah konsisten menulis, mempromosikan dan mengembangkan blog anda tanpa mengharap walau satu sen.

Saya bukannya nak mematahkan semangat anda,

maksud saya jika anda ingin hasil yang segera, JANGAN buat hanya untuk mendapatkan duit. Membazir, anda akan merasa bosan dalam masa seminggu atau dua minggu.

Akan tetapi jika anda merasakan blogging itu merupakan satu hobi dan mempunyai potensi untuk buat duit, maka teruskan lah dengan poin yang ke#2 ini.

#2 Mencari pembaca(traffic) sebelum berfikir mendapatkan hasil

Mungkin ada yang tanya kenapa tajuk artikel cara buat duit dengan blog, tetapi bercerita tentang hal lain.

Macam nie,,

Tanpa pembaca ataupun traffic ke blog, blog anda tidak akan mampu menghasilkan apa-apa.

Maka untuk mampu buat duit, kena fokus kepada traffic terlebih dahulu.

Tak kiralah duit itu anda dapat dari mana pun, samada melalui google adsense, affiliate marketing, menjual produk sendiri dan sebagainya. Yang penting perlu ada traffic, pengunjung ke blog terlebih dahulu.

Sebab itu saya perlu memperjelaskan perkara sebegini terlebih dahulu. Kena tahu dahulu bagaimana nak mengembangkan blog, bagaimana nak mendapatkan pengunjung.

Percayalah blog anda tidak akan mampu menghasilkan apa-apa sekiranya tiada pembaca mengunjungi blog anda.

#3 Jangan berfikir tentang duit, jika pengunjung ke blog kurang 100 visitor per hari

Jangan terlalu memikirkan tentang duit, fikirlah terlebih dahulu bagaimana cara untuk mendapatkan pembaca membaca artikel di blog anda.

Jika anda sudah berjaya mendapatkan pengunjung secara purata 100UV per hari, barulah cuba untuk memikirkan bagaimana cara buat duit dengan blog sehingga mampu menghasilkan ribuan ataupun puluhan ribu sebulan.

Sebaiknya purata traffic untuk blog berbahasa melayu sehari ialah 500.

#4 Tak perlu buat blog berbahasa inggeris jika anda tidak pandai berbahasa inggeris

Ramai yang terpengaruh katanya blog berbahasa inggeris mampu memberikan hasil yang lebih lumayan terutamanya nilai CPC melalui Adsense.

Jika anda tidak pandai berbahasa inggeris, nasihat saya jangan buat.

Mungkin ada yang cakap, tidak mengapa janji boleh belajar.

Anda ada jalan senang mengapa perlu memilih jalan yang susah.

Anda tahu tak, Konten yang baik dan berkualiti ialah konten yang disukai dan difahami oleh pembaca.

Jika anda menggunakan bahasa inggeris yang tunggang langang tatabahasanya, apakah artikel anda akan diminati oleh pembaca.

Jika pembaca tidak berminat untuk membaca artikel di blog anda, jadi bagaimanakah anda hendak mendapatkan duit dengan blog.

… Lagi satu, persaingan blog berbahasa inggeris amatlah tinggi.

jadi buatlah dahulu blog berbahasa melayu sehingga berhasil.

Jika anda dah berjaya, barulah mencuba bahasa inggeris sekiranya anda sudah mampu menulis dengan lancar dalam bahasa inggeris.

#5 Tidak perlu bazirkan waktu dengan SEO

Memang SEO itu penting, tetapi tidaklah penting sangat.

SEO merupakan ilmu yang beraneka ragam, tak perlu difikirkan sangat. Cukuplah hanya sekadar mengetahui dan memahami apa yang wajib diketahui.

Ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui tentang SEO seperti di bawah. Perkara lain sila abaikan:

  • Prinsip dan cara kerja SEO
  • Mengapa sesebuah laman boleh berada di muka surat pertama enjin carian google
  • Istilah-istilah dalam SEO
  • Bagaimana untuk menjadikan website kita supaya berada di muka pertama enjin carian goole

Tapi ingat,,

Yang menjadikan blog anda berjaya dan sukses itu bukan SEO.

Faktor yang menjadikan website anda sukses ialah kualiti konten dan cara anda membuat pemasaran.

SEO itu hanyalah akarnya sahaja.

Ramai yang memeningkan kepala sendiri kepada perkara-perkara SEO yang tidak penting. Jangan terlalu dengar sangat cakap yang konon-kononnya pakar SEO Malaysia. Di bawah ini semua tak penting,

  • Kelajuan website
  • SEO skor
  • Template yang SEO friendly
  • Responsive ataupun mobile friendly
  • Mencari backlink

Ketahuilah blog merupakan sebuah website yang mempunyai struktur yang sederhana. Meskipun anda tidak melakukan 5 perkara tadi, website anda masih mampu berada di muka pertama google.

Jika anda tak setuju dengan saya tidak mengapa.

OKlah, SEO itu penting tetapi sebahagian besarnya terletak pada konten dan juga marketing.

Anda tidak percaya 5 perkara yang saya katakan tadi tidak penting.

Anda cari sahaja satu website yang terbesar yang anda ketahui dan cek SEO skornya. Sebagai contoh saya ambil Quicksprout. Quicksprout ialah sebuah website yang berkongsikan maklumat tentang SEO dan online marketing.

seo score

Tengok berapa SEO Score dan speed scorenya. Hanya sederhana.

Kesimpulannya,,

Kalau ingin mendapatkan pengunjung yang ramai, adalah tidak mencukupi jika hanya melakukan SEO.

#6 Pilih satu niche sahaja, jangan campur-campur

Seperti saya ketika mula mengenali dunia blogging, artikel di laman saya bercampur-campur. Semua topik saya masukkan dalam laman tersebut.

Tapi memang best kan buat blog campur-campur,,,

Lebih mudah. Kita boleh sahaja menulis apapun asalkan topik atau maklumat sedang dicari orang.

Tetapi saya terpaksa menerima banyak kelemahannya, antaranya:

  • Sukar untuk mendapatkan pembaca yang setia mengikuti banyak topik
  • Amat jarang dikongsikan oleh orang lain kecuali pasal gossip dan hiburan. Pembaca hanya datang untuk mendapatkan maklumat dan kemudian berlalu pergi begitu sahaja.
  • Memerlukan banyak konten dalam satu-satu masa yang terupdate. Jika tidak pembaca akan lari ke laman yang mempunyai lebih banyak konten. Jadi amat sukar untuk sukses.

#7 Jangan menerbitkan banyak konten jika tidak mampu melakukannya

Penat juga saya menulis artikel sebanyak ini lebih kurang 1074 patah perkataan. Oh ya nombor #7 ini merupakan perkara penting yang terakhir PERLU anda ketahui dalam bahagian 1 cara buat duit dengan blog yang mampu menghasilkan ribuan mahupun puluhan ribuan sebulan.

Memang benar laman yang mempunyai konten yang banyak mudah didatangi ramai pengunjung. Banyak artikel sudah tentu akan banyak berada di enjin carian. Tambah-tambah lagi kalau selalu share, akan bertambah-tambah lagi pembaca yang datang.

Itu kenyataannya tetapi percayalah ianya tidak semudah itu.

Jika anda baru bermula seperti saya, sudah tentu agak sukar untuk menerbitkan artikel yang berkualiti dengan kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat. Silap-silap artikel yang diterbitkan semakin berkurangan kualiti penulisannya.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah tentang frekuensi penulisan tidak akan menjamin kesuksessan website anda.

Cubalah buat 1 hingga 3 artikel dalam masa seminggu supaya mampu meningkatkan kualiti penulisan. Dan cuba juga menetapkan frekuensi tersebut supaya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

Tamat sudah bahagian 1, Kita akan memasuki bahagian 2 cara buat duit dengan blog pula.

Bahagian 2 buat duit dengan blog – Langkah yang mampu menghasilkan duit puluhan ribuan sebulan

Bahgian 2 nie, baru saya nak sentuh bagaimana membina website yang mampu menghasilkan duit ribu-ribu malahan puluh ribu sebulan.

Panjang betul pendahuluannya, hampir 1300 patah perkataan.

Kenapa saya buat 2 bahagian. Sebab bahagian 1 tu merupakan bahagian penting, ianya fakta bukan rekaan semata-mata tentang cara buat duit dengan blog.

Bukan satu perkara mudah. Jadi jika anda belum baca, habiskan dulu bahagian 1 ini.

Jika anda dah faham bahagian 1, saya nak jelaskan di sini blog itu sama seperti perniagaan.

Bila sebut pasal perniagaan, sudah tentu potensi keberhasilannya tidak sama. Bergantung kepada jenis peniagaan, cara menguruskannya dan bagaimana cara untuk memajukannya.

Langkah yang perlu anda lakukan:

1. Pilih Topik yang tepat

Ini sangat-sangat penting kalau topik, tajuk ataupun niche tidak tepat, anda tidak akan mendapat hasilnya. Tidak kiralah anda berusaha sekeras mana pun.

Pemilihan topik perlu dibuat berdasarkan dua perkara berikut:

  • Anda mempunyai minat dan kepakaran dengan topik tersebut
  • Topik tersebut diminati dan amat berguna untuk ramai orang

Baca artikel yang mampu menarik minat ramai orang.

Ini kata-kata Tuan Zeo Unic,,

Tanpa minat dan kesabaran membina sesuatu blog (tidak mengira niche) ianya tidak akan kemana. Begitu juga dalam kehidupan seharian kita. Cuba anda bayangkan kita jika anda tiada minat dalam hidup, bagaimana rupa kehidupan seharian anda – terumbang-ambing atau tidak.

Kenapa saya dan Tuan Zeo cakap perlu ada minat?

Sebabnya..

Artikel yang kita buat perlu memberikan manfaat kepada orang yang membaca ataupun menjadi sumber bacaan yang menarik perhatian.

Adakah anda akan membaca artikel yang tidak menarik perhatian anda?

Cuba bayangkan apa yang saya katakan di bawah ini.

Jika anda seorang penulis, apakah anda mampu membuat artikel yang menarik sedangkan anda sendiri pun tidak berminat ataupun bukan seorang yang pakar tentang topik tersebut.

Jadi bagaimana topik yang anda pilih dan tulis itu mampu menarik minat orang untuk membacanya.

2. Cari tempat ataupun group yang membincangkan tentang topik yang anda pilih

Nombor 2 ini merupakan bahagian terpenting dalam proses membuat blog.

Anda lakukan ini:

  1. Cari komuniti ataupun group perbincangan online yang tepat
  2. Bangunkan reputasi anda di dalam komuniti tersebut
  3. Perkenalkan dan membuat promosi laman anda di group tersebut dan bukan spam

Itu tiga yang paling penting, perlu anda lakukan terlebih dahulu. Bukannya hanya mengharapkan artikel berada di mukasurat pertama google semata-mata. Dengan lain perkataan, mengharapkan google memberikan pengunjung.

.. Belum habis lagi tentang cara buat duit dengan blog, publish dulu yang nie..nanti sambung yer..

Ini sambungannya,,,

Cari masalah utama yang terdapat dalam topik yang anda pilih

Dalam dunia blogging, hanya terdapat 2 tema yang selalu ada dalam setiap artikel, iaitu:

  • Panduan
  • Maklumat yang disampaikan

Tema-tema ini digunakan untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh pembaca.

Jika kita ingin membawa ramai pembaca ke laman kita, maka artikel ataupun konten yang disediakan mestilah mampu menyelesaikan masalah pembaca.

Sebagai contoh jika saya membuat blog baru tentang kerjaya, salah satu contoh masalah terbesar dalam topik tersebut ialah “bagaimana untuk membina kerjaya di sektor perkhidmatan awam?”.

Itu saya bagi contoh sahaja, pokok pangkalnya anda kena selidik dahulu permasalahan yang ada dalam topik yang ada pilih.

Sesuai untuk blog baru.

Jadi saya akan membuat konten yang mampu menyelesaikan masalah “bagaimana untuk membina kerjaya di sektor perkhidmatan awam?” tadi.

Buat artikel yang baik untuk menyelesaikan masalah terbesar yang dijumpai

Ini apa yang saya katakan di atas tadi,

Jika anda tidak mampu melakukan ini, jangan berangan-angan untuk buat duit dengan blog sehingga mampu menghasilkan puluhan ribu sebulan.

Tidak setuju, cubalah fikirkan apa yang saya katakan di bawah ini:

Jika dalam topik yang anda pilih sudah mempunyai artikel yang berkualiti, adakah mereka akan memilih untuk membaca artikel anda yang mempunyai kualiti yang rendah.

Sudah tentu tidak bukan.

Pembaca akan membaca artikel yang mampu membantu mereka menyelesaikan masalah. Mereka datang ke laman anda bukan hanya sekadar membaca tetapi mencari jalan penyelesaian.

Jadi kita perlu membuat artikel yang lebih baik orang lain.

Baik bukan dari segi kuantiti tetapi kualiti.

Jadi terlalu sering menerbitkan artikel bukanlah satu keutamaan.

Lebih baik kita fokus untuk membuat satu konten yang berkualiti selama beberapa hari, daripada membuat sepuluh konten yang kualitinya hanya biasa-biasa sahaja.

Artikel yang berkualiti tinggi selalunya akan mengambil masa yang lama.

Ini yang saya cuba praktikkan sekarang. Doakan saya tabah..hahaha.

Promosikan artikel terbaik anda

Ini fakta.

Artikel terbaik macammana pun tidak akan mampu mendapatkan pembaca tanpa promosi.

Tidak mungkin artikel yang anda buat, dijumpai oleh ramai orang secara tiba-tiba tanpa melakukan promosi.

Percayalah, apa yang dilakukan oleh blogger-blogger yang sukses ialah mempromosikan konten-konten terbaik mereka.

Sementara blogger-blogger yang gagal hanya menunggu sahaja google menaikkan artikel mereka di enjin carian tanpa melakukan promosi.

Power SEO lah katakan, jadi tunggu jer lah…

…Maaf saya berhenti di sini dahulu, kerana mahu pergi minum.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Bukan blogger baru, tapi bukan juga pakar SEO. Nama sebenar ialah Saimi Ramlan yang hanya seorang yang suka mempelajari hal-hal berkaitan internet seperti SEO, wordpres dan bisnis online.

6 comments On Buat Duit Dengan Blog

  • Saya suka artikel ni. Saya sendiri merasai perit jerih menjadi seorang blogger daripada kosong..belajar sendiri..sehinggalah merasa duit sikit-sikit daripada blog..Pada saya walaupun konsep berblog itu sama, tetapi pengalaman yang dihadapi oleh setiap yang nak menjadi blogger itu adalah berlainan.

    Saya percaya apa yang otai-otai kongsikan (sebagai panduan) itu hanyalah sekadar panduan. Walaupun kita beli panduan terbaik sekalipun, akhirnya semua terletak di atas bahu kita sendiri untuk membangunkan blog kita.

    Secara umumya langkah buat duit dengan blog itu memang ada 3 je: Pilih Topik, Tulis Artikel dan Promot. Tapi hanya blogger sebenar je tahu susah payahnya setiap langkah tu untuk dilakukan.

    Tapi bagi saya sendiri, berblog adalah untuk memberi manfaat kepada orang lain (melalui artikel dan promosi blog). Itu yang perlu didahulukan. Jika kita dah berjaya memberi manfaat, duit dari blog akan datang dengan sendirinya. Dan dari situ barulah kita dapat mengembangkan lagi blog kita.

    Maaf tuan, ada beberapa perkara yang saya sebagai pembaca dan penulis blog kurang setuju iaitu berkaitan dengan SEO. Saya setuju bahawa SEO (keyword research dll) tidak terlalu penting untuk blog di Malaysia kerana banyak blog yang ternama juga tidak menitikberatkan SEO. Apa yang saya kurang bersetuju adalah berkaitan kelajuan load blog dan juga blog responsive. Pada saya lain-lain perkara SEO boleh di abaikan tetapi 2 perkara ini adalah penting untuk dititikberatkan supaya pembaca lebih selesa membaca blog kita.

    Ini hanyalah sekadar pandangan saya sahaja ye. hehe.

    • Terima kasih kerana sudi memberikan pandangan di sini dengan panjang lebar.

      Antara blog yang paling lambat dan blog yang paling laju bezanya hanya 500kb. Tidak terasa kelambatannya dengan teknologi internet pada zaman sekarang. Lagi satu zaman sekarang boleh dikatakan semua theme yang dibuat sudah responsive, jadi kita perlu lagi memikirkan perkara-perkara sebegini. Terus sahaja memikirkan kepada konten.

  • Terima kasih di atas panduan dan tips. Memang lambat dapat duit, tapi bila dah dapat, hari- hari masyukkk

  • Menulis artikel sendiri memang memberi kepuasan kepada penulis. Artikel akan kekal dan penulis perlu tingkatkan lagi kemahiran.

  • Terima kasih atas nasihat dan panduan. Sangat bermanfaat kepada saya.

  • These are genuinely enormous ideas in regarding blogging.
    You have touched some nice factors here. Any way keep up wrinting.

Comments are closed.

18 Shares
Share14
+13
Tweet
Pin1