Belajar Membaca Alquran Cara Lebih Mudah Menggunakan Iqra’ Bina

Cara belajar membaca alquran sendiri dengan lebih mudah dan praktikal. Bila sebut perkataan mudah, memang ramai yang suka. Betul la tu, mana ada orang nak belajar guna cara yang susah.

Pernahkah anda mendengar tentang Program Iqra’ Bina?

Jika belum, saya ingin mengajak anda untuk menonton video ringkas di bawah ini.

Mari Berkenalan Dengan Iqra’ Bina

Iqra’ Bina merupakan produk keluaran anak tempatan yang dikeluarkan khusus untuk membantu muslimin dan muslimah belajar cara membaca alquran dengan cepat, mudah, lengkap dan bacaan yang tepat.

Apa yang menariknya tentang produk ini ialah ianya disediakan dengan sekali dengan pen digital yang bersuara. Bacaan yang digunakan di dalam Qalam bersuara ini diambil daripada bacaan Tuan Hj Radzi Bin Kamarul Hailan(Johan Tilawah Alquran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa pada tahun 2002 dan 2004).

belajar membaca alquran

Set lengkap cara cepat membaca alquran dengan lancar Iqra’ Bina

Terdapat 10 jilid buku digabungkan di dalam Set belajar membaca Alquran dengan Iqra’ Bina beserta dengan Qalam Bersuara. Jilid-jilid tersebut disusun mengikut proses pembelajaran secara berperingkat-peringkat dari peringkat satu, kedua dan ketiga.

Iqra’ Bina boleh digunakan digenap lapisan umur seawal usia dua tahun untuk belajar mengaji iqro hinggalah ke peringkat guru dan juga ibu bapa belajar al quran bertajwid. Apa yang penting ialah mempunyai semangat dan keinginan untuk belajar membaca alquran dan seterusnya memantapkan pembacaan alquran.

Peringkat Pembelajaran Dalam Set Belajar Membaca Alquran Iqra’ Bina

Sepertimana yang saya nyatakan di atas tadi terdapat tiga peringkat proses pembelajaran yang diterapkan oleh Iqra’ Bina. Proses yang diaturkan dengan begitu rapi dan berstruktur memudahkan mereka yang ingin bermula mempelajari dari satu peringkat ke satu peringkat.

Peringkat Pertama

Bahagian ini lebih memberi penekanan mengenai pengenalan huruf-huruf asas dalam bacaan alquran iaitu huruf hijaiyyah. Pembaca akan diajar bagaimana untuk menyambungkan huruf hijaiyyah itu menjadi satu perkataan dan seterusnya menyambungkan perkataan-perkataan tersebut sehingga menjadi ayat ataupun kalimah. Pembaca juga akan diajar bagaimana untuk membunyikan baris-baris pada kalimah-kalimah tersebut dengan tepat sepertimana di dalam Al-Quran Rasm Uthmani.

Peringkat Kedua

Pengenalan kepada huruf-huruf tajwid dan ta’rif yang ringkas tetapi amat mudah untuk difahami. Kaedah latihan juga disediakan beserta dengan contoh bacaan surah yang pendek bagi meningkatkan kemahiran membaca alquran dengan sebutan tajwid yang betul.

Peringkat Ketiga

Ini merupakan peringkat yang terakhir di dalam set belajar membaca alquran Iqra’ Bina ini. Ada baiknya anda mahirkan diri terlebih dahulu mempelajari dan memahami peringkat satu dan kedua terlebih dahulu. Pada peringkat ini anda akan diajar cara membaca alquran dengan tajwid beserta asas-asas di dalam bertarannum secara murattal dan mujawwa. Panduan khatam Alquran juga disediakan pada peringkat terakhir ini.

Faedah Belajar Membaca Alquran Dengan Iqra’ Bina

Antara beberapa faedah yang diperolehi apabila menggunakan Iqra’ Bina. Antaranya ialah,

  • Pen digital ataupun Qalam bersuara yang disediakan amat mudah digunakan oleh semua peringkat umur. Teknik rakaman yang interaktif disediakan di dalam pen bersuara membolehkan pelajar menghafal asas alquran dengan mudah.
  • Penggunaan kaedah 3M iaitu mendengar, melihat dan membaca membolehkan pelajar belajar tanpa rasa jemu dan boleh dilakukan berulang-ulang kali.
  • Memudahkan pelajar untuk mengadakan latihan latih tubi dab boleh dilakukan tanpa pengawasan guru dan juga ibubapa.
  • Sebagai alat bantu mengajar kepada guru-guru.

Apa Kata Mereka Mengenai Iqra’ Bina

Semenjak ianya diperkenalkan ramai yang telah memberikan maklum balas berkenaan dengan produk Iqra’ Bina ini. Saya ada buat beberapa screen shot maklum balas yang diberikan oleh pengguna produk ini. Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, anda boleh rujuk laman web pengeluar produk ini di akhir artikel ini. Di bawah ini anda boleh lihat beberapa screen shot yang sempat saya ambil.

11703480_477167042451842_8188444339991976670_o
2015-09-15_17.12.44
2015-09-06_16.02.25
2015-09-16_20.55.40

Maklumat Lanjut Mengenai Iqra’ Bina

Maklumat lanjut ataupun ingin melakukan TEMPAHAN set belajar membaca alquran Iqra’ Bina. Hubungi mereka samada menerusi laman web, media social ataupun talian telefon sebagaimana tertera di bawah ini.

Maklumat Penting:
Pihak Iqra’ Bina sedang mencari agen ataupun stokis di seluruh negara. Sekiranya anda berminat sila hubungi melalui nombor Hubungi/Whatsapp di atas.

Jangan Lupa, Baca Ini Juga

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan