Bagaimana Memasukkan Iklan Dalam Konten Di WordPress

Pernahkah anda melihat sebuah blog yang mempunyai iklan di dalam konten? Tidak kiralah samada iklan dari google adsense ataupun iklan yang lain. Kebanyakan iklan yang selalu saya lihat berada selepas perenggan yang pertama ataupun perenggan yang kedua.

Bagaimana pula jika seseorang itu masih baru menggunakan platform wordpress dan tidak mempunyai pengetahuan teknikal ataupun pengaturcaraan, sudah tentulah akan memasukkan iklan tersebut secara manual. Kaedah ini tidak praktikal sama sekali. Oleh yang demikian, melalui artikel ini saya kongsikan bagaimanakah cara memasukkan iklan di dalam konten diantara perenggan yang kita kehendaki.

Platform wordpress memang mempunyai banyak pilihan dan terlalu mesra dengan pengguna. Banyak plugin yang boleh digunakan untuk memudahkan kerja.

Cari plugin yang dipanggil “Insert Post Ads“, install dan kemudian activatekan plugin tersebut. Setelah plugin tersebut diactivate, satu menu baru “Post Adverts” akan terpapar diruangan dashboard.

Klik Post Adverts dan seterusnya add new. Masukkan tajuk iklan diruangan advert title dan kod iklan diruangan advert code. Selepas itu masukkan nombor perenggan yang kita kehendaki supaya iklan tersebut berada di bawah perenggan tadi. Selepas itu klik “publish” yang di atas penjuru sebelah kanan kita.

bagaimana memasukkan iklan

Selepas itu pergi ke bahagian post adverts >> setting, pilih dimanakah tempat yang sesuai untuk diletakkan iklan tersebut samada di post ataupun page.