Backlink Dari Forum : Berkualiti Atau Spam?

Mendapatkan backlink dari forum terutamanya yang dofollow dan High PR menjadi idaman bagi pengamal-pengamal SEO. Akan tetapi ramai juga kawan-kawan yang bertanyakan kepada saya kenapa kedudukan blog dan artikel di blog mereka tetap merosot di SERP walaupun melakukan link building di forum. Walhal forum yang digunakan untuk membuat backlink berstatus PR7. Keadaan ini menyebabkan ramai yang sudah malas dan menjadi kurang aktif lagi di forum tersebut.

Selain persoalan di atas, ada juga yang bertanya adakah salah satu teknik SEO Offpage itu masih lagi berkualiti, relevan ataupun sudah dianggap sebagai spam. Adakah ianya satu perbuatan yang membazir? Jom kita lihat satu persatu pendapat dari saya. Pendapat yang saya nyatakan di bawah ini jangan diterima bulat-bulat. Anda perlu memikirkannya sendiri adakah ianya masuk akal ataupun tidak?

Kebanyakan teknik link building ataupun backlink yang dilakukan oleh blogger yang baru bermula dalam dunia seo tidak mengetahui teknik SEO yang betul untuk dimanfaatkan pada forum tersebut. Saya mengambil sebuah forum dofollow PR7 di Indonesia iaitu Bersosial.com sebagai contoh untuk penjelasan artikel ini. Harap maaf bukan kerana tidak mahu memilih forum di Malaysia tetapi saya masih belum menjumpai forum PR7 berniche sebegitu di Malaysia. tambahan pula saya memang selalu aktif di sana. Apa yang dingin saya kongsikan ialah bagaimana cara mendapatkan backlink dari forum tersebut supaya apa yang kita lakukan tidak menjadi sia-sia.

Backlink Dari Forum: Apa Yang Anda Fikirkan?

    Sekiranya anda membuat link bulding di Bersocial.com, adakah anda pasti backlink yang menuju ke blog anda adalah PR7? Pendapat saya, apa yang anda lihat PR7 adalah homepagenya. Jadi sekiranya anda membuat threat baru di forum tersebut, artikel tersebut sudah tentu PR0 ataupun n/a. Kesimpulannya tidak ada bezanya jika anda melakukan link building dengan membuat blog yang baru.

  1. Ruangan signature. Anda melakukan kesilapan besar sekiranya menggunakan signature sebagai faktor pendorong untuk meningkatkan kedudukan blog di SERP. Satu perkara yang membazir jika anda bercita-cita untuk mendapatkan kedudukan page one google hanya dengan meletakkan link di signature. Sepertimana artikel yang saya bincangkan sebelum ini prinsip utama dalam link building ialah baclink yang natural. Dengan signature yang anda buat di forum tersebut, adakah ianya dikira sebagai backlink yang natural. Perlu diketahui backlink yang berkualiti tidak akan menggunakan anchor text ataupun kata kunci yang ditarget, akan tetapi ianya bergantung kepada orang yang mahu memberi link kepada anda. Adakah semua orang berfikiran sama seperti yang anda fikirkan? Secara kasarnya kedudukan link di signature bukanlah daripada dalam artikel. Ianya berada diluar sama seperti anda blogwalking sambil meninggalkan link. Jika anda melakukan sedemikian, ianya merupakan perbuatan yang sia-sia. Ada juga seseorang bertanyakan kepada saya, anda juga meletakkan link di signature di forum-forum. Jawapannya YA, saya meletakkannya. Akan tetapi saya tidak mengoptimumkan homepage blog ini. Yang saya optimumkan ialah artikel di blog ini. Dengan menghalakan backlink dari forum ke homepage blogginspired, saya melakukan link juice yang mana akan meningkatkan kedudukan artikel blog di SERP.
  2. Tidak membuat membuat thread di forum dan hanya melakukan komen dari satu thread ke satu thread. hahaha. ringkasnya UNNATURAL..
  3. Google juga mempunyai forum. Jadi mereka tahu dan faham apakah yang dimaksudkan dengan forum. Mereka tahu siapa yang menerbitkan artikel di forum. Jadi mereka juga tahu bahawa backlink yang dibuat bukan dari pemilik forum. Tetapi merupakan tindakan yang sengaja dilakukan oleh pembuat backlink di forum. Cadangan saya buatlah username dengan nama domain anda dan jangalah register menggunakan email yang didaftarkan di google webmaster tools ataupun email yang digunakan untuk pembelian domain. Ini memang amat berguna sekali untuk menipu google bahawa backlink datangnya bukan dari pemilik forum tetapi bukan juga dilakukan oleh pemilik blog itu sendiri.

jadi begitulah kesimpulannya, forum tersebut tidak bersalah. Yang bersalah hanyalah diri kita sendiri. Sekian terima kasih.

Comments are closed