Apa itu Blog?

Apa itu blog dalam maksud yang lain? Ini merupakan satu persoalan yang besar.

Secara ringkas, blog itu sebahagian dari jenis website, mengandungi artikel yang dipaparkan dalam bentuk apa yang dipanggil “reverse chronology”. Artikel yang paling terkini diterbitkan akan berada di bahagian yang teratas(recent posts).

Sebilangan besar bermasalah untuk memahami semua yang berkaitan dengan konsep blogging seperti domain, hosting, platform blogging, wordpress dan perkataan lain seumpamanya. Ramai yang bingung. Tambah membingungkan lagi apabila sedang berada di dalam proses tersebut.

Akan tetapi, bagi golongan yang sudah biasa seperti kita, blogging ini hanya seperti aiskrim.

Mari Buat Aiskrim

Bayangkan kita sekarang hendak memulakan bisnes aiskrim sendiri. Secara faktanya, kita dalam proses hendak mempunyai kedai ataupun store sendiri. Tetapi sebelum kita mula, adalah perlu untuk memikirkan beberapa perkara:

  1. Lokasi. Kita perlu mempunyai alamat untuk kedai kita. Betul tak? Bila kita hendak memberitahu orang ramai tentang kedai kita, mereka perlu mengetahui bagaimana untuk pergi ke kedai. Jadi adakah tempat tersebut berada di tempat yang dikunjungi ramai orang dan mudah dijumpai merupakan kunci yang utama.
  2. Tanah. Kita boleh membeli harta kita sendiri dan juga membina kedai dengan menggunakan tangan ataupun modal sendiri, tetapi siapa mahu masalah kan? Jadi kita perlu mencari seseorang untuk membolehkan kita menyewa tempat tersebut. Kita perlukan tempat untuk membolehkan kita setup kedai
  3. Stor(Tempat simpanan). Kita dah ada alamat dan juga mempunyai sedikit ruang. jadi kita perlu letakkan stor kita di situ.
  4. Produk. Bukan suatu idea yang bagus jika tidak mempunyai apa-apa yang boleh dijual di dalam stor tersebut. Jadi, apa produk yang kita akan jual? Saya pilih aiskrim.
  5. Mesin membuat aiskrim. Kalau saya, saya tidak akan membuat semua aiskrim menggunakan tangan. Saya akan mencari mesin membuat aiskrim yang bagus dan efektif. Adakah anda ingin membuat menggunakan tangan?
  6. Bahan-bahan. Kita sudah tentu memerlukan bahan-bahan yang terbaik untuk dimasukkan ke dalam mesin, supaya aiskrim yang dibuat menjadi aiskrim yang terbaik di dunia.

Apabila aiskrim yang kita buat itu best dan pelanggan berpuas hati, sudah tentu pelanggan akan datang kembali untuk membelinya. Betul tak?

Bunyi macam best kan? Baiklah…

Sekarang kita berbicara semula tentang blogging.

Jom Mula Buat Blog

Kita sekarang hendak memulakan bisnes kita sendiri. Secara faktanya, kita mula melangkah untuk membuat website kepunyaan kita sendiri. Akan tetapi sebelum kita mulakan, beberapa perkara perlu difikirkan:

  1. Lokasi. Kita harus mempunyai alamat untuk website kita. Bila kita memberitahu orang tentang website tersebut, mereka perlu tahu di mana dan bagaimana nak pergi ke website tersebut. Alamat website tersebut dipanggil domain(contoh : blogginspired.com).
  2. Tanah. Jadi sekarang kita dah ada domain, tetapi kita memerlukan sedikit ruang di internet untuk membolehkan kita setup website. “Tanah” di internet yang saya maksudkan ialah hosting. Tanah di internet tidak disediakan secara percuma dan tidak pula hanya perlu membayar sekali seumur hidup. Kita perlu membayarnya samada secara bayaran bulanan atau tahunan.
  3. Stor. Kita dah ada domain dan sedikit ruang tanah di internet(hosting). jadi sekarang kita perlu letakkan site kita di dalamnya. Stor aiskrim mungkin dibuat menggunakan bricks ataupun mortar, manakala website pula dibuat daripada files. Kita boleh melakukan decoration terhadap stor aiskrim tetapi untuk website kita perlu design.
  4. Produk. Mempunyai website yang tidak ada apa-apa bukanlah suatu idea yang bagus. Apa yang perlu kita letak pada website kita. Saya pilih blog. Kerana blog merupakan antara jenis website.
  5. Mesin membuat blog. Saya memang tidak mahu mencipta blog saya dengan menggunakan programming sendiri dari kosong sehingga terjadinya blog. Saya ingin menggunakan mesin membuat blog yang bagus dan efektif. Mesin tersebut dipanggil blogging platform. Terlalu banyak blogging platform yang telah tersedia pada masa sekarang ini. Tidak perlu pening kepala dan penatkan tangan dengan coding semata. Pada pendapat saya, wordpress merupakan platform blogging yang terbaik(saya telah menggunakannya untuk jangka masa yang lama). Ianya flexsible dan senang digunakan.
  6. Bahan-bahan. Sekarang apa yang kita perlukan ialah bahan-bahan untuk dimasukkan ke dalam blog. Apa itu? Bahan-bahan blog ialah konten seperti gambar, video dan juga maklumat-maklumat yang berkualiti.

Bila pembaca sudah mengetahui blog kita, berkemungkinan mereka akan masuk blog kita lagi. Lebih-lebih lagi kalau bahan-bahan di dalamnya penuh dengan maklumat yang berkualiti.

Jadi sekian sahaja apa itu blog dan cara membuatnya, boleh baca di sini, cara membuat blog.

Click Here to Leave a Comment Below 0 comments