Antara kebanyakan sebab kenapa blogger dan webmaster melakukan add website ke google search console ialah kerana SEO dan juga traffic. Google Search Console ataupun singkatannya GSC dahulunya dikenali sebagai Google Webmaster Tools.

Ya, itu memang bagus untuk semua. Akan tetapi sebenarnya ada sebab lain yang perlu diketahui kenapa perlu melakukan perkara tersebut.

Umumnya memang sudah mengakui bahawa google bukan sahaja enjin carian yang terbesar di dunia, tetapi merupakan sumber terbesar kepada traffic yang berkualiti kepada berjuta-juta blog dan juga website. Jadi tiada jalan pintas yang lain untuk mendapatkan organic traffic tanpa google, selain Bing dan Yahoo di tempat yang kedua.

Sebab add website ke Google Webmaster(GSC)

1. Untuk mengetahui blog ataupun website terkena penalti ataupun tidak

Ini bukannya satu pilihan terutama bila kita membeli expired domain, kita akan berdepan kesukaran untuk melihat ataupun memeriksa old index history domain tersebut dengan google. Untuk mengatasi kesukaran tersebut, kita perlu “add your domain” di GSC dan melakukan pengesahan(verify). Selepas itu bolehlah memeriksa samada domain terkena manual action ataupun tidak.

Pada masa ini google web spam team berterusan mengambil tindakan terhadap spam sites terutamanya selepas kemunculan algorithm mereka yang terbaru dikenali sebagai “hacked spam”. Hanya ada satu jalan sahaja untuk mempastikan samada website ataupun blog kita terkena penalti ataupun tidak ialah klik manual action tab di akaun google webmaster.

manual action google webmaster tool

Ramai orang membeli domain yang sesuai tetapi kebanyakan mereka lupa ataupun tidak tahu bahawa expired domain yang telah dibeli mempunyai sejarah yang tidak baik bersama google. Setelah membeli mereka mula menerbitkan konten yang begitu berkualiti dan mengamalkan SEO best practices ataupun dengan kata lain cukup apa yang diperlukan oleh sebuah blog. Akan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, domain masih tidak indexed dari sehari ke sehari.

Jika anda di dalam situasi tersebut, pastinya anda beranggapan bahawa domain tersebut telah dipenalized oleh google. Jadi sudah tentu anda pergi ke “appropriate tap option” di google webmaster account untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.

Jika domain tersebut telah dikenakan manual action kerana pemilik sebelum ini, sudah tentu anda akan dapat mengetahuinya dan boleh mengambil langkah untuk memperbaikinya seterusnya “resubmit the site for reconsideration” again.

2. Untuk memantau carian(search appearance) website

Anda boleh memantau ataupun monitor apa yang dicari oleh pembaca di laman anda dengan menggunakan search querries. Search membenarkan anda melihat what keyword pembaca gunakan sehingga menjumpai website dan seterusnya membaca kandunagn dalam sebuah website.

Jadi ini tool yang bagus untuk menambahbaik konten supaya boleh meningkatkan jumlah pengunjung ke website.

3. Mengetahui siapa yang memberi backlink kepada website

Tidak ada tools yang terbaik di dunia ini selain daripada google untuk melihat dari mana backlink itu datang. Googlebot dicipta untuk mencari setiap link yang dipointkan ke website anda dan dipaparkan di dashboard akaun GSC.

Untuk melihat website yang memberikan link ke artikel anda, klik “Search traffic” dan “Link to your site”.

link to your site

4. Meningkatkan SEO website

Bagaimana untuk meningkatkan SEO sesebuah website apabila menggunakan google webmaster tool ialah dengan klik “HTML Improvement” tab yang terletak di seksyen “Search appearance”. Anda akan menjumpai banyak perkara yang boleh menjejaskan dan menaikkan SEO website seperti duplicate meta description, duplicate pada title, duplicate pada keyword dan sebagainya.

Sebagai contoh jika menjumpai duplicate pada meta description yang sepatutnya hanya perlu ada satu sahaja meta description.

Sekiranya anda baru sahaja add website ke Google Search Console, berikan masa selama satu minggu untuk google kemaskini statistik blog anda. Selepas itu barulah anda semak menggunakan “HTML Improvement” dan perbetulkan segala masalah yang dipaparkan.

Jadi GSC memang tools yang bagus untuk meningkatkan SEO blog.

Mobile usability feature yang tersedia di GSC membantu mengesan error pada website ketika dilayari menggunakan mobile device. Ini boleh membantu meningkatkan mobile SEO dan dapat mengoptimumkan website ketika carian menggunakan smartphone.

5. Untuk melindungi laman

Google security detection tool yang tersedia di webmaster tool membantu menyelesaikan masalah security seperti terkena malware dan juga apa-apa efek yang memberi kesan buruk pada website. Ikuti segala langkah-langkah yang disyorkan jika site anda terkena masalah tersebut.

6. Melihat jumlah indexed page

Mana-mana website yang berstatus sihat dan selalu menerbitkan artikel akan boleh melihat peningkatan index status pada GSC. Akan tetapi semuanya itu tidak akan kelihatan jika website anda tidak didaftar dengan google webmaster tools.

6 sebab di atas bukanlah antara semua sebab kenapa perlu menggunakan google search console, akan tetapi 6 sebab itu merupakan perkara yang perlu dititik beratkan. Jadi jika anda masih belum ada akaun lagi, lakukannya sekarang dan mulakan dengan mempraktikkan tip dari google untuk meningkatkan SEO blog, konten dan juga index.

Akhirnya nanti ianya akan menjadi lebih mudah buat anda, pembaca suka dan google pun tambah suka.