Ramai yang bersetuju bahawa wordpress merupakan antara best content management system sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana keupayaan kefungsiannya yang begitu mesra dengan pengguna. Boleh dikatakan sudah ramai para blogger pada hari ini membina blog menggunakan wordpress malahan ada yang sebelum ini menggunakan platform blogger juga telah berpindah ke wordpress self-hosted.

WordPress juga merupakan satu perkara yang best dalam maksud search engine optimization(SEO) tetapi sekiranya dibiarkan secara default penggunanya tidak akan mendapat apa-apa kelebihan. Pada masa sekarang, terlalu banyak Plugin wordpress dibina untuk meningkatkan struktur dan fungsi wordpress ke tahap yang terbaik dalam SEO supaya sedikit masa lagi blog anda akan digelar Malaysia Best Blog 2015.

Jadi hari ini saya menerbitkan artikel tentang 5 best wordpress SEO plugin tahun 2015.

  1. WordPress SEO By Yoast
  2. jika anda benar-benar baru membina blog pada tahun 2015 ini, besar kemungkinan anda tidak pernah tentang SEO plugin oleh Yoast ini. Akan tetapi jika anda telah lama dalam dunia Blogging, sudah pasti ada mendengar pasal plugin ini dan juga pembuatnya. Yoast mempunyai reputasi yang baik dalam bidang SEO dan WordPress SEO Plugin ini adalah plugin yang paling banyak digunakan oleh pakar SEO WordPress. Ada dua pilihan samada ingin menggunakan yang percuma ataupun berbayar.

  3. All In One SEO Pack
  4. Selain SEO Plugin oleh Yoast plugin ini juga mempunyai fungsi yang luar biasa dalam mengoptimumkan SEO blog wordpress anda. Menurut pembuatnya, plugin ini akan berfungsi secara automatik mengoptimumkan laman web anda sebaik mungkin. Terdapat banyak fungsi di dalam plugin ini seperti seperti Google Analytics, canonical url, sitemap dan lain-lain. Alternatif terbaik selepas SEO plugin by Yoast. Blog ini pun menggunakan plugin ini. All in one SEO pack mempunyai dua pilihan samada percuma ataupun berbayar. Teringin juga saya untuk memiliki yang berbayar sedikit masa lagi.

  5. SEOPressor
  6. Satu lagi nama yang dikenali dalam best WordPress SEO Plugin ialah SEOPressor. Tetapi ianya hanya boleh digunakan secara berbayar sahaja. Oleh kerana itu SEOPressor kurang mendapat perhatian berbanding Yoast Plugin dan AIO Plugin. Tetapi jangan perkecilkan kebolehannya kerana saya pernah menggunakan plugin ini. Dengan plugin ini anda boleh merancang strategi SEO anda seperti kata kunci yang ingin anda optimasi. Penggunaan dengan cara yang betul membolehkan anda meletakkan artikel anda di muka satu google. Banyak fungsi didalamnya dan ianya akan memberikan mata skor SEO terhadap artikel sebelum dipublish. Jadi tidak akan berlaku over SEO baik dari segi keyword density dan sebagainya.

  7. SEO Plugin By Squirrly
  8. Berfungsi seakan-akan sama dengan Plugin SEOPressor dengan beberapa pilihan asas seperti menukar favicon, google analytic dan lain-lain

  9. Google XML Sitemap
  10. Setiap blog yang bercirikan SEO perlu mempunyai sitemap bagi memudahkan crawler merayapi setiap sudut di blog anda. Memang sukar jika anda terpaksa melakukannya secara manual. Jadi biarkan sahaja google sitemap yang melakukannya untuk anda. Ia akan membantu membuat peta laman blog anda supaya mudah disinggah oleh enjin pencari.

Jadi sekarang tinggal sahaja anda memilih ingin menggunakan plugin yang mana satu. Kesemuanya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Semoga dengan penggunaan SEO plugin diatas akan mampu meningkatkan wordpress kita di SERP dengan cara pendekatan SEO yang sederhana. Tidak perlu berlebihan-lebihan. Itulah antara best seo plugin 2015 yang saya review untuk anda. Terima kasih.